Apa Itu FXColiseum ?




FX-Coliseum adalah hubungan yang menyambungkan antara para pelabur dan pengurus dana melalui teknologi kami sendiri. Kami akan menyediakan khidmat nasihat para profesional serta pelabur berbakat serata dunia

Copy Trade for All Brokers

Pepatah lama mengatakan pelangi merupakan ciptaan Tuhan yang paling indah kerana Dia menyatukan semua warna menjadi satu dan membentangkannya merentasi langit yang membentuk sebuah jambatan yang indah. Mitos dalam peribahasa lama ini bukan lagi hanya sekadar metafora kerana ia akan diaplikasikan segera ke dalam alam realiti oleh FX-Coliseum. FX-Coliseum merupakan perhubungan Forex inovatif yang membolehkan semua pedagang dari serata dunia untuk bersatu dalam satu komuniti tanpa mengira broker Forex mana yang mereka gunakan. Sebagai contoh, Pedagang dari broker A menyertai FX-Coliseum sebagai Pengurus Dana (dikenali sebagai Gladiator) dan merekrut satu kumpulan pelabur dari broker B tanpa perlu membuka akaun dagangan asli yang baru dengan broker B.



Copy Trade for All Brokers

Pedagang yang berpengalaman luas dalam perdagangan boleh menjadi Gladiator (Pengurus Dana) yang menawarkan perkhidmatan salinan perdagangan (juga dikenali sebagai pengurusan dana) mewakili pedagang-pedagang yang lain sementara pedagang-pedagang yang menyalin Gladiator dikenali sebagai Pengikut. Gladiator yang paling banyak mendapat kemenangan di coliseum akan menjadi pahlawan sejati bagi Pengikutnya dan semestinya akan mendapat paling banyak pendapatan! FX-Coliseum akan memberikan siri-siri fungsi rangkaian sosial yang akan membolehkan Pengikut sentiasa dikemas kini dengan keputusan-keputusan pertempuran Gladiator pilihan mereka.

FX-Coliseum sentiasa bersedia memberikan penyelesaian menang-menang (win-win solution) kepada semua orang dalam senario ini; yang mana para Gladiator boleh mendapat keuntungan dari perdagangan yang mereka lakukan serta komisen yang lumayan hasil daripada membantu Pengikut mereka memperoleh keuntungan, pada masa yang sama, Pengikut juga boleh melabur dengan banyak Gladiator dan memperoleh keuntungan besar tanpa perlu meneroka setiap sudut ensiklopedia Forex yang tentunya akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menguasainya.


Fund Manager for All Brokers

Inovasi besar yang dianggap sebagai perkembangan baru untuk FX-Coliseum adalah Gladiator (Pengurus Dana) dan Pengikut (Pelabur) boleh berinteraksi secara silang antara broker melalui FX-Coliseum tanpa perlu mencipta akaun asli yang baru dengan broker tersebut yang tentunya membosankan. Ini akan memudahkan pedagang dengan sesuatu yang belum pernah difikirkan pedagang lagi! Hal ini juga akan membuka jalan baru kepada Gladiator untuk merekrut Pengikut tanpa mengira dari mana Pengikut mereka datang! Apa yang perlu dilakukan adalah menyertai FX-Coliseum!

Fx-Coliseum – Sambungan yang menghubungkan semua warna menjadi pelangi yang terbentang di langit!

Fund Manager for All Brokers

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini