Kejayaan Seminar XM Mengambil Tempat di Kuala Lumpur - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kejayaan Seminar XM Mengambil Tempat di Kuala Lumpur


Seminar forex XM terkini yang diketuai oleh instruktor Marios Pashardes mengambil tempat dengan kejayaan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 21hb Februari.
Satu bilangan peserta acara yang menakjubkan telah dialu-alukan di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur oleh XM dan menerima nasihat mudah yang praktikal di atas penggunaan pelbagai strategi dagangan oleh penyampai seminar Marios Pashardes.
Direka khas terutamanya untuk pedagang baru dan mereka yang ingin mengukuhkan asas pelaburan dalam talian, seminar forex percuma ini mengemukakan tajuk seperti kaedah baru analisa teknikal, pemahaman aliran pasaran dan turun naik harga, penggunaan betul strategi dagangan dalam pelbagai rangka masa, serta pengurusan risiko. Penekanan utama adalah pada pelbagai cara untuk mengekalkan tabiat dagangan baik bagi konsistensi jangka panjang dalam amalan pelaburan.
Bukan sahaja peserta seminar memperoleh pengetahuan berharga daripada Marios Pashardes, tetapi mereka juga berpeluang untuk berjumpa dengan wakil syarikat XM yang hadir di tempat itu. Maka kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap pelanggan kami yang memuliakan kami dengan kehadiran mereka, dan kami berharap datang kembali ke Malaysia tidak lama lagi.
Sila lihat beberapa sorotan acara istimewa ini yang diambil dalam gambar.






































































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini