Lawati pejabat kami di Klang! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Lawati pejabat kami di Klang!



Kepada pelanggan JustForex,

28 Mac 2015 boleh dianggap sebagai hari rasmi pejabat JustForex bertapak di Malaysia.

Pembukaan ini dimulakan dengan pendaftaran, apabila pelawat menerima saguhati dan tiket cabutan bertuah dari syarikat.

Diikuti dengan ucapan selamat datang dari semua ahli kumpulan dan pengurus wakil serantau, pejabat ini secara rasminya dibuka.


 

 

 

 

 

 

JustForex 

Selepas majlis pembukaan dan makan tengahari, semua pelawat mendapat peluang bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman bekerja bersama JustForex. JustForex juga telah membuat beberapa kejutan seperti kuiz berkenaan servis syarikat dan sesi cabutan bertuah.


  JustForex

 

 


























Kami percaya bahawa pejabat ini akan menjadi tempat setiap rakan kongsi dan pelanggan datang dan mempelajari banyak lagi informasi berkenaan perdagangan, berjumpa ramai orang yang berkongsi minat yang sama kepada Forex dan menghabiskan masa yang berkualiti. Akan datang kami akan mengumumkan pelan pendidikan yang akan disediakan oleh pengurus serantau kami kepada semua pelanggan.

Kami memilih Klang sebagai destinasi pertama pejabat kami untuk memastikan pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan kongsi berasa selesa tanpa menghadapi kesesakan trafik dan sentiasa ada tempat letak kenderaan. Pelanggan-pelanggan kami tinggal di bandar-bandar yang berbeza di seluruh negara, oleh itu Klang akan menjadi tempat yang boleh anda datang dari destinasi yang berbeza. Segalanya dekat buat anda, termasuk bank-bank antarabangsa. Klang adalah bandar diraja dan kami melayan pelanggan kami seperti raja.

Ia adalah satu penghormatan untuk berjumpa dengan rakan kongsi, pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan yang dikasihi. Ia merupakan pertemuan pertama, tetapi yang pasti bukan yang terakhir.

Alamat pejabat:
No 9B, Jalan Bayu Tinggi 1B/KS6, Batu Unjur, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
Waktu bekerja: 9 am - 9 pm

JustForex

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini