MYR: Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar US - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

MYR: Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar US


KUALA LUMPUR, 7 Mac -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US Isnin berikutan peningkatan dalam harga minyak serta data gaji bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat pada bulan Februari.

Pada 5 petang, mata wang tempatan itu didagangkan pada 4.0950/0000 berbanding dolar US daripada 4.1175/1225 yang dicatatkan semasa Jumaat lepas.

Ketua Penganalisis Pasaran Forex Time Ltd (FXTM) Jameel Ahmad berkata sebab utama dolar US ini terus merekodkan kelemahan yang berterusan adalah disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah AS yang semakin ditolak.

"Salah satu sebab mengapa dolar US terdedah satu tempoh kelemahan yang agak agresif adalah disebabkan laporan NFP menunjukkan penguncupan dalam setiap jam upah.

"Ini berkemungkinan menjejaskan Rizab Persekutuan dan terus menggalakkan pandangan yang agak negatif berkaitan dengan jangkaan inflasi," katanya.

Pekerjaan senarai gaji bukan ladang AS meningkat sebanyak 242,000 pada bulan lepas, lebih tinggi daripada jangkaan 195,000 sebelum ini.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9597/9644 daripada 2.9789/9828 yang dicatatkan pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding yen kepada 3.6044/6101 daripada 3.6191/6251.

Ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.7932/7011 daripada 5.8209/ 8305 dan naik berbanding euro kepada 4.4824/4895 daripada 4.5033/5104. -- BERNAMA

50% Rescue Bonus

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini