Bolehkah seorang 'trader' menghentikan emosi?



Pernahkan anda terfikir mengenai peranan emosi di dalam kehidupan anda?

Mungkin tanpa mereka, kehidupan manusia akan menjadi tanpa warna dan tidak mendalam. Walaubagaimanapun, di dalam bisnes 'trader' kami, kejayaan secara langsung bergantung kepada sebanyak mana seorang 'trader' mampu untuk mengawal emosinya, dan kemudian menentukan pasaran yang dominan. Ini adalah kenapa dagangan menggunakan demo tidak akan mengajar anda bagaimana memperoleh wang di dalam pasaran, dengan mudahnya disebabkan tidak terdapatnya emosi pada mod demo. Untuk sebahagian batas, emosi adalah apa yang memandu pasaran dan sebaliknya - ini adalah aliran emosi yang besar yang mempengaruhi. Di dalam artikel ini, kami akan bercakap mengenai emosi 'trader', di dalam perkara ini untuk diikuti - mengenai emosi dan psikologi pasaran.

Sama ada anda sedar mengenainya atau tidak, tetapi melampaui batas risiko di dalam dagangan anda, anda membuka pintu kepada pengaruh negatif emosi anda. Itu adalah emosi yang cenderung untuk mengkaburkan minda. Ia seperti memadamkan lampu. Di dalam dagangan, situasi ini adalah sama seperti di dalam kehidupan, di mana emosi mengkaburkan pemikiran, menghalang anda peluang untuk secara objektif menaksir situasi tersebut. Emosi adalah satu halangan yang menjadi sebahagian tabiat anda menghalang anda daripada bekerja secara efektif dan memperoleh wang di dalam pasaran.

Oleh kerana emosi adalah sebahagian penting dalam sifat manusia, mereka tidak boleh dihapuskan, dan ia tidak penting. Untuk dagangan yang berjaya, adalah penting untuk mengurangkan pengaruh faktor emosi kepada minimum. Di dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk bekerja dengan emosi, tetapi di dalam dagangan, kami menggunakan faktor utama di dalam mencapai dan mengekalkan pemikiran yang jelas - ini adalah pengurusan risiko yang cermat untuk setiap transaksi.

Risiko dan emosi adalah saling berkait. Jika anda merisikokan lebih daripada apa yang anda mampu, anda melampaui batas risiko selesa anda, ini akan memberi kesan kepada kesemua aspek lain dagangan anda. Pertama, ini akan memberi kesan kepada ketepatan keputusan-keputusan anda, sekali anda mula berdagang dan lebih lagi ia akan mencerminkan pada ketepatan tindakan anda bila anda di dalam pasaran. 'Trader' perlu selalu memeriksa dirinya terhadap tahap mana pengaruh emosinya terdedah pada setiap ketika. Kesan emosi terbesar adalah segera selepas dagangan. Di dalam peristiwa kerugian, satu rasa kecewa atau tamak boleh membawa kepada pengembalian kedua kepada pasaran, tanpa penetapan dagangan sebenar dan satu pertalian situasi pasaran. Tindakan seperti itu boleh menyebabkan kerosakan psikologi malah lebih besar, disebabkan mereka mambawa kepada kerugian malah lebih besar. Kitaran seperti itu boleh terus berulang-ulang, selagi mana kekurangan keperluan margin untuk posisi henti-dagang yang baru. Ini adalah semuanya emosi! Di dalam kes dagangan yang berjaya, 'trader' cenderung untuk menokok-nambah kekuatannya dan rasa seronok menghalang daripada melihat realiti.



Satu 'trader' berpengalaman tahu bahawa lebih banyak dia memberi fokus kepada dagangan, kurang berkemungkinan bahawa dia akan dapat mengendalikannya sewajarnya. Lebih banyak perkaitan emosi kepada dagangan, kurang visi pasaran dan lebih rendah kemungkinan perolehan. Terdapat hubungan langsung di anatara berapa banyak wang yang anda risikokan di dalam dagangan dan bagaimana anda berasa tidak stabil secara emosi.

Kunci kestabilan emosi adalah keupayaan untuk menguruskan risiko di dalam pasaran menerusi pelan dagangan, bila anda belajar untuk berdagang dengan jumlah yang kecil di dalam pasaran sebenar. Ia adalah perlu untuk menentukan sebagai pengalaman paras selesa risiko, bila berada di dalam pasaran tidak terlalu menekankan kepada tekanan emosi kepada anda. Jelasnya, jumlah risiko boleh terima akan bergantung kepada situasi kewangan, kemahiran dan pengalaman dagangan. Ini adalah berkemungkinan yang anda perlu untuk bergerak menerusi satu siri cuba dan silap untuk mencari paras anda.

Mulakan dengan jumlah yang kecil, yang tidak akan merosakkan mood anda di dalam kes kerugian. Buka posisi dan rasalah sebanyak mana tekanan yang pasaran ada pada keadaan anda, dan sebanyak mana anda kembali ke monitor untuk memeriksa bagaimana dagangan anda bergerak. Jika anda lulus tahap ini, kami boleh mengucapkan tahniah kepada anda! Tiada yang boleh menghalang anda dan anada berada di laluan kejayaan oleh kerana anda telah belajar mengawal emosi anda, dan selanjutnya minda.

Selamat berjaya di dalam dagangan anda!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini