Exness mengumumkan perkongsian rasmi bersama Real Madrid


Broker forex antarabangsa yang terkemuka, Exness mengumumkan perkongsiannya bersama pasukan bola sepak Sepanyol yang terkenal, Real Madrid dengan menjadi rakan dagangan rasmi bagi pasukan berjersi Putih tersebut selama tiga tahun berikutnya.

Exness merupakan jenama pertama dalam sektor forex yang bekerjasama dengan Real Madrid dan akan mendapat promosi eksklusif dan hak PR untuk jenama dan pemainnya, serta akses ke saluran digital Real Madrid.

Ketua Pegawai Eksekutif Exness, Peter Valov, telah memberikan komen: "Semangat dan keghairahan Exness yang tidak goyah untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kami merupakan sifat yang paling penting dan kami mempunyai kemahuan yang membuak-buak untuk mencapai kejayaan, jadi saya benar-benar tidak dapat memikirkan rakan kongsi yang lebih sesuai selain Real Madrid untuk bergabung dalam memburu kecemerlangan yang berterusan. Real Madrid bermaksud kecemerlangan, kepimpinan yang berkuasa dan amalan yang adil: asas-asas sangat kukuh yang terbina dalam Exness. Kami berharap dapat memecahkan rekod baharu dan mewujudkan piawaian baharu bersama."



Mengenai Kumpulan Exness

Kumpulan Exness merupakan broker forex runcit antarabangsa yang memenangi anugerah dan ditubuhkan pada tahun 2008. Mempunyai pemahaman yang mendalam tentang keperluan pedagang, syarikat forex yang moden ini memberikan perkhidmatan pembrokeran yang boleh diakses, stabil dan boleh dipercayai menerusi penggunaan teknologi perdagangan dan pelaburan yang moden. Kumpulan tersebut diberikan kuasa dan dikawal selia oleh pengawal selia kewangan Eropah yang utama iaitu CySEC dan FCA. Seperti yang disahkan oleh Deloitte, Kumpulan Exness merekodkan volum dagangan berjumlah US$313.7 bilion pada bulan Mac 2017, iaitu volumnya yang tertinggi.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini