Exness mengumumkan perkongsian rasmi bersama Cristiano Ronaldo


Hanya beberapa hari selepas mengumumkan perkongsian rasmi bersama Real Madrid, peneraju broker forex antarabangsa Exness mengumumkan satu lagi perkongsian bersama Cristiano Ronaldo, pemenang empat kali anugerah FIFA Ballon d'Or dan pemain pertama di dunia yang memenangi empat kali Kasut Emas Eropah.

Perkongsian tersebut susulan pengumuman perkongsian Exness bersama Real Madrid selama tiga tahun berikutnya dan memantapkan lagi komitmen broker terhadap inovasi, kecemerlangan dan kejayaan berterusan.



Ketua Pegawai Eksekutif Exness, Peter Valov, telah memberikan komen: "Cristiano Ronaldo satu-satunya pemain yang boleh dianggap sebagai legenda bola sepak yang masih aktif bermain, dengan trek rekod yang mengagumkan dan reputasi yang terkenal kerana memecahkan rekod. Dalam bidang kami sendiri, Exness telah banyak mengikuti perkembangan pembangunan yang sama dengan mewujudkan piawaian industri yang pertama dan mencipta piawaian industri yang baharu. Kami berharap dapat meneruskan usaha kami memburu kecemerlangan yang berterusan bersama pemain yang begitu luar biasa."

Cristiano Ronaldo juga komited dengan perkongsian ini dan menyebut: "Ia satu penghormatan dapat bekerjasama dengan syarikat antarabangsa yang menyumbang kembali kepada dunia bukan sahaja dalam menawarkan kualiti perkhidmatan tertinggi tetapi juga dalam memupuk budaya kesedaran sosial. Ini mengabadikan agenda peribadi saya sendiri untuk menjadi yang terbaik mungkin dalam bidang bola sepak antarabangsa dan menyumbang kembali kepada masyarakat dengan setiap peluang yang saya dapat."



Mengenai Kumpulan Exness

Kumpulan Exness merupakan broker forex runcit antarabangsa yang memenangi anugerah dan ditubuhkan pada tahun 2008. Mempunyai pemahaman yang mendalam tentang keperluan pedagang, syarikat forex yang moden ini memberikan perkhidmatan pembrokeran yang boleh diakses, stabil dan boleh dipercayai menerusi penggunaan teknologi perdagangan dan pelaburan yang moden. Kumpulan tersebut diberikan kuasa dan dikawal selia oleh pengawal selia kewangan Eropah yang utama iaitu CySEC dan FCA. Seperti yang disahkan oleh Deloitte, Kumpulan Exness merekodkan volum dagangan berjumlah US$313.7 bilion pada bulan Mac 2017, iaitu volumnya yang tertinggi.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini