Tiga cara untuk menambah-baik hasil dagangan anda



1) Ketepatan atau pengurusan risiko

Hari-hari ini, situasi mengenai pasaran-pasaran kewangan adalah tidak jelas. Pasaran ini memasuki satu tempoh ketidak-pastian, bila trend lama tidak lagi terpakai, dan trend baru belum lagi muncul. Dan sebaliknya, bila dagangan di dalam pasaran kewangan perniagaan menjadi mudah dan jelas? Dagangan adalah seni yang berhubungan baik dengan ketidak-pastian, keupayaan untuk menggunakan peluang yang terbentang dan mengabaikan situasi yang mana risiko tidak bermaksud ganjawan yang lebih besar. Keseluruhan rahsianya adalah anda malah tidak perlu menjadi tepat sepanjang masa di dalam transaksi anda; anda tidak perlu membuktikan kepada pasaran yang anda betul setiap kalinya. tentunya bagus menjadi betul, ia membawa rasa kepuasan dan memiliki nilai. Walaubagaimanapun, ia tidak akan membawa anda wang. Sangat sedikit 'traders' yang professional membuat wang secara lazim dengan dagangan tepat. Kebanyakannya, ia melibatkan kerugian kecil dan perolehan yang lebih besar. Jika anda tahu bagaimana melakukannya, anda malah tidak perlu menjadi 'super' tepat untuk membuat banyak wang! Ini dengan besar memudahkan proses dagangan dan dagangan kurang menjadi risau. Oleh itu, jangan buka sebarang transaksi yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya kadar ganjaran-risiko sebanyak 2 kepada 1, dan lebih baik lagi 4 kepada 1 atau lebih, dan pastikan bahawa keputusan anda adalah meningkat secara berterusan.

2) Arahan henti

Kami tidak akan bercakap mengenai keperluan menggunakan 'arahan henti' (stop orders). Kami banyak menulis mengenainya di dalam artikel-artikel kami yang lain. Kami mahu mengingatkan anda bahawa bekerja dengan 'arahan henti' adalah seni yang tidak kurang pentingnya berbanding seni memasuki pasaran. Banyak 'traders' menggunakan 'arahan henti' yang tetap dan tidak pernah menukarkan mereka, yang merupakan peraturan am. Tetapi terdapat satu pertimbangan bila mengubah 'arahan henti' menjadi sesuai. Ini adalah ketikanya bila kita perlu membuat pembetulan untuk turun-naik yang tinggi.

3) Menggunakan volum untuk menentukan paras turun-naik

Titik ini secara langsung berkaitan dengan titik sebelumnya dan inilah apa yang 'traders' profesional lakukan dengan sangat baik. Kebanyakan 'traders' tidak tahu bahawa volum secara langsung berkaitan dengan paras turun-naik. Jika volum dagangan besar sedang dimuatkan ke dalam pasaran pada satu hari dagangan, maka kita akan melihat pergerakan berhaluan yang sangat kuat dengan kemungkinan yang tinggi. Jika volum adalah tidak signifikan, pasaran lebih berkemungkinan diniagakan di dalam jajaran sebelumnya yang lebih pendek. Tidak mengambil kira paras volum dagangan pasaran, anda boleh melompat pada momentum keluar atau sebaliknya untuk meningkatkan posisi jika volum tersebut mengesahkan trend.

Selamat berjaya di dalam dagangan!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini