Bitcoin Terjunam: 3 alasan Mengapa Tidak Bimbang


Ia muncul tidak dijangka dan sekarang ini anda sedang berasa teruk. Kami faham, kami sebenarnya faham. Sebahagian atau malahan majoriti perolehan kripto anda telah hilang hanya beberapa hari sebelum Krismas dan Tahun Baru.

Tetapi suka atau tidak, ianya adalah… ia adalah setepatnya bagaimana pasaran matawang kripto berfungsi. Turun-naik adalah tinggi dan hampir kesemuanya tanpa fundamental di belakang pergerakan harga.

Ia adalah berisiko dan seperti yang sepatutnya, sangat-sangat menguntungkan. Oleh itu, ia adalah satu pelaburan untuk setiap orang untuk mempertimbangkan. Dan malahan mereka yang telah mengambil beberapa posisi dengan matawang kripto, seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, atau Ripple, kelihatan tidak sepenuhnya bersedia untuk ‘roller coaster’..

1 - Sejarah menerangkan satu perkara:jangan terburu-buru.

Musim panas lepas, matawang kripto jatuh sebanyak separuh nilainya dan dari Jan 17 kita telah melihat lantunan menakjubkan yang meninggalkan saya dengan poket yang sepenuh-penuhnya.

Berdasarkan idea potensi lantunan lebih besar di dalam tempoh dekat, mungkin ia adalah masanya untuk mengambil nafas, berhenti melihat pada carta dan menikmati ‘punch’ Krismas yang lazat.

2 - Kecairan yang rendah, satu kunci untuk memahami kejatuhan tersebut.

Pasaran matawang kripto tidak sebenarnya dikenali sebagai sesuatu yang cair, yang menukar setiap gelombang jualan berskala besar kepada kejatuhan yang berpotensi.

Minggu lepas, bursa Korea Selatan Youbit telah digodam dan pencuri mampu mengambil hampir 20 peratus aset-asetnya, yang mungkin menjadi alasan mengapa ramai yang menerpa untuk menjual. Tambahan, sekuriti adalah kebimbangan besar di kalangan para pelabur matawang kripto, dan berita seperti ini berperanan keras pada sentimen.

3 - Pasaran adalah jalan dua hala: beli atau jual

Soalannya adalah… pada bahagian mana anda mahu berada? Bila pergi kepada kejatuhan harga, kebanyakan orang akan menjual aset-asetnya, menjual kerana kebimbangan, ketidak-pastian,... sebutkannya.

Tetapi terdapat sisi lain cerita ini, pembeli yang untung daripada para pelabur yang terdesak, mengambil aset-aset mereka pada harga yang kompetitif untuk kemudiannya berspekulasi pada lantunan semula. Mencari pendedahan yang tepat untuk portfolio anda (maksudnya sais posisi) adalah kunci kepada kejayaan anda masa hadapan.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini