Bolehkah Saya Menjadi 'Trader' Sepenuh Masa? 3 Soalan Untuk Memastikannya


Jangan berbohong dengan kami. Kami tahu yang anda telah terfikir mengenainya, dan bukan hanya sekali. Ianya normal dan percayalah, anda bukan berseorangan mengenainya. Menjadi 'trader' forex sepenuh masa adalah mimpi ramai 'newbies' tetapi hanya sebahagian kecil yang mampu betuk-betul menjadikannya realiti.

Tetapi jika anda bertanyakan diri sendiri sama ada anda mampu atau tidak, maka anda telahpun memperolehi sebahagian pengalaman. Tetapi… bagaimana anda memastikan yang ia adalah mencukupi?

Di bawah anda boleh dapati 3 soalan yang anda boleh membantu diri sendiri menetapkan sama ada dagangan sepenuh masa sesuai dengan anda secara marginal, anda bersedia, anda perlu belajar lebih lagi atau anda lebih baik jangan.

1 - Adakah anda cukup pengalaman?

Untuk bergerak daripada ragam dagangan sambilan kepada sepenuh masa, anda perlu memastikan pengalaman anda adalah cukup untuk mengekalkan permainan anda di atas. Sebaliknya, risikonya adalah terlalu besar.

Kami akan menasihatkan sekurang-kurangnya dua tahun mengendalikan akaun dagangan sebenar dengan asas sambilan sebelum mengambil pendekatan yang lebih serius dengan dagangan.

Anda perlu memahami yang dagangan sepenuh masa bermakna dagangan adalah sumber pendapatan anda. Jika anda tidak membuat untung yang baik sebagai 'trader' sambilan, apa yang membuatkan anda berfikir yang akan bertambah-baik dengan meletakkan lebih masa kepadanya? Mula dengan menjadikan dagangan sambilan anda bewarna hijau, kemudian bergerak ke hadapan.

2 - Adakah anda mempunyai cukup wang?

Modal adalah isu besar bila pergi kepada dagangan sepenuh masa. Anda dengan mudah tidak boleh berdagang dengan akaun $1000 berharap memperolehi $3000 sebulan. Ia tidak akan berlaku. Jadilah realistik.

Leveraj akan membantu pastinya, tetapi anda perlu berhati-hati dnegannya. Tambahan, adalah penting untuk memahami modal dagangan perlu sepenuhnya terasing daripada tunai harian anda.

3 - Adakah anda cukup gagah?

Tidak. Kami tidak bertanyakan jika anda mempuinyai otot, tetapi jika anda mempunyai kekuatan mental yang cukup untuk berurusniaga dengan tekanan daripada industri pantas seperti Forex. Untuk masa ini, dagangan telah menjadi sekadar satu bahagian tambahan daripada hidup anda, tetapi menjadi 'trader' sepenuh masa bermakna bil anda akan bergantung padanya.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini