Pound British sedang bersedia untuk 'rally' yang kuat, paras 1.36 di dalam fokus



Pada permulaan tahun ini, matawang British, bersama matawang Eropah, adalah pada tumpuan keseluruhan pasaran matawang FOREX. Sesungguhnya hari-hari ini terdapat latar belakang pasaran yang menarik sedang berlaku dengan pound British.

GBP/USD telah datang hampir ke paras sejarah penting pada 1.36, dan sekarang ini ia kelihatan bahawa pasaran telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang perlu untuk memecah menerusi paras rintangan ini dan bergerak lanjut di dalam kawasan ​​1.4045-1.4095. Mungkin kita sedang menyaksikan kemunculan trend pasaran jangka sederhana baru, ketika-ketika seperti itu selalunya menarik, belum lagi menyebut peluang untuk mengambil bahagian di dalam pergerakan pasaran berskala besar. Kami akan cuba untuk menganalisa situasi tersebut pada pasaran GBP/USD  dan bicara mengenai dinamik semasa matawang British.

Matwang British mengakhiri tahun  2017 dengan sangat berjaya, dan permulaan tahun baru membawa masa yang baik untuk pound British juga. Ketika PMI British di dalam pengeluaran dan pembinaan, yang diumumkan awal minggu ini, adalah sedikit lebih teruk daripada yang dijangka, PMI di dalam sektor perkhidmatan melangkai kesemua jangkaan optimis. PMI UK di dalam sektor perkhidmatan di dalam bulan Disember 2017 adalah 54.2 mata. Diberikan sifat mengatasi daripada data PMI, pertumbuhan di dalam GDP UK perlu kekal kukuh di dalam bulan-bulan mendatang, di sebalik risiko-risiko Brexit, yang banyak diperkatakan tahun lepas. Sektor perkhidmatan adalah dominan di dalam ekonomi UK, dan data statistik terkini adalah diterima dengan baik oleh pasaran FOREX. Tambahan, satu daripada pemandu utama kekuatan matawang British adalah permulaan kemajuan ekonomi di kawasan euro. Pound British mungkin terus memperoleh kerana pertumbuhan ekonomi Eropah, nilai rendah sejarah secara relatif kepada matawang-matawang lain.

Kerana kecepatan PMI pembuatan dan ekonomi lebih kukuh, Eropah berkemungkinan mengekalkan kadar pertumbuhan GDP yang tinggi sekurang-kurangnya di dalam separuh pertama tahun 2018. Tetapi inflasi lemah Eropah menghalang mengetatkan polisi kewangan, dan para pelabur tidak akan melihat transisi kadar lebih tinggi untuk masa panjang di Eropah. Data inflasi Eropah terkahir adalah sejenis pengesahan untuk ini. Januari 5 data hari Jumaat mengenai inflasi di Eropah menunjukkan kemerosotan di dalam indeks inflasi (CPI) dari 1.5% di dalam bulan  November ke 1.4% di dalam bulan Disember. Di dalam perkara ini, ini adalah ketika positif untuk matawang British, satu isyarat untuk kemerosotan berkemungkinan euro, di tengah-tengah polisi kewangan lebih lembut dan ransangan ekonomi Eropah.


Carta GBP/USD mencadangkan bahawa terdapatnya sentimen pasaran 'menaik' (bullish). Tambahan, rangka masa GBP/USD lebih tinggi (harian dan lebih tinggi) menunjukkan angka teknikal kecenderungan penyambungan - paten bendera klasik. Minggu ini GBP/USD mendekati garis rintangan trend menaik jangka sederhana, yang bermula di dalam bulan Mac-April 2017. Kali terakhir GBP/USD diniagakan melebihi 1.35  di dalam bulan Disember 2017, kemudiannya pound kelihatan terlebih beli, ditambah dengan perundingan Brexit menambah gementar kepada keseluruhan pasaran. Percubaan lebih awal untuk memperoleh sandaran melebihi paras 1.35 adalah juga tidak berjaya, ia adalah pada akhir bulan September 2017, pound adalah juga terlebih beli.

Kali ini, di sebalik hakikat yang GBP/USD diniagakan melebihi 1.35, pound kekal di luar zon bahaya dan tidak kelihatan terlebih beli, sebaliknya, kita melihat kecenderungan sihat untuk merealisasikan momentum ke atas selepas pengukuhan dan pengumpulan volum pasaran yang diperlukan. Memeriksa data pada 'net' membuka posisi spekulatif pada CME.GROUP, adalah jelas bahawa jumlah posisi agregat pada masa hadapan pound British tidak mempunyai pergerakan 'menaik' (bullish) yang ekstrim. Ini mengesahkan pound kekal di luar zon bahaya ketika sentimen di dalam pasaran matawang British adalah dengan jelas 'menaik' (bullish). Kelihatan matawang British mempunyai ruang untuk memperoleh tanpa merisikokan penutupan belian spekulatif jangka pendek.

Tentunya, diberikan sifat politik perundingan Brexit, yang ditangguhkan sehingga bulan Mac 2018, seseorang tidak dapat membantu tetapi menyatakan ketidak-pastian besar mengenai masa hadapan hubungan dagangan di antara Britain dan Kesatuan Eropah. Risiko-risiko ini menghalang kebanyakan pelabur dari mengekalkan posisi pound, mengambil kira risiko jika pihak-pihak tersebut tidak mampu mencapai persetujuan dan memformalisasikan hubungan dagangan. Jika Britain keluar dari Kesatuan Eropah tanpa persetujuan, kesan negatif kepada ekonominya adalah besar, diberikan skala interaksi ekonominya dengan wilayah Eropah. Walaubagaimanapun, apakah peluang untuk hasil seperti itu? Di sebalik hakikat bahawa perundingan ini mempunyai karakter politik yang diperolehi lama, tidak di England, tidak Eropah yang berminat dengan realisasi senario kes yang buruk.

Secara am, pemulihan ekonomi di Eropah, sentimen 'kenaikan' (bull) di dalam pasaran GBP/USD dan paras rendah sejarah pound British (paras minimum untuk 30 tahun terakhir) adalah pemandu yang signifikan untuk pertumbuhan berterusan matawang British. Walaubagaimanapun, pasaran GBP/USD akan kekal agal berturun-naik sekurang-kurangnya sehingga bulan Mac 2018. Di dalam kes ini, pemecahan dan pengukuhan melebihi paras rintangan 1.36 akan membawa pasangan GBP/ USD dahulu ke paras 1.40 dan kemudiannya ke paras 1.47. Kami akan melihat bagaimana pasaran bertindak, sekarang ini kesemua perhatian adalah ke paras 1.36.

Semoga berjaya di dalam dagangan!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini