Kadar-Kadar Faedah: Mengapa Mereka Sangat Penting Bila Memperdagangkan Forex?



Tiada apa yang baru mengenainya. Anda telah mendengar mengenainya. Kita telah mendengar mengenainya. 'Federal Reserve', Bank Pusat Eropah, 'Bank of England', 'Bank of Japan'… satu terma lazim? Pasti, kadar faedah. Ianya sepenuhnya betul. Tetapi mengapa mereka penting di dalam dagangan Forex?

Jangan bimbang. Tiada yang memalukan dalam bertanya. Sebenarnya, adalah lebih baik untuk mendapatkan perkara-perkara ini sebelum anda akhirnya menonton sebuah skrin penuh dengan 'lilin' (candle) bergerak ke atas dan ke bawah carta dan menyedari anda tidak faham langsung mengenai apa yang sedang berlaku.

Kadar-kadar faedah adalah relevan untuk 'traders' Forex disebabkan mereka berkemungkinan satu daripada faktor-faktor bank-bank pusat yang paling berpengaruh untuk mengawal ekonomi. Bila mereka menetapkan polisi kewangan, satu kadar faedah menentukan sama ada mereak sedang menyokongnya atau membiarkannya bergerak sendiri.

Minggu lepas, 'Federal Reserve' membuat keputusan untuk mengekalkan kadar penanda arasnya di dalam jajaran di antara 1.25 peratus dan 1.50 peratus, sambil menjamin ramalannya untuk tiga kenaikan kadar untuk tahun 2018.

Pengawal-selia US telahpun memulakan apa yang secara lazim diterangkan sebagai “proses normalisasi kewangan”, yang di dalam perkataan lain bermaksud mengurangkan rangsangan kewangan dan membiarkan ekonomi bergerak sendiri tanpa campurtangan. Satu camputangan yang diperlukan berdasarkan krisis tahun 2008.

Kadar-kadar faedah adalah cara yang berguna untuk mengekalkan ekonomi berjalan secara sihat, tanpa terlebih panas atau sejuk. Kadar-kadar boleh membantu pasangan untuk menambahkan inflasi atau menghalang deflasi (seperti di EU).

Disebabkan olleh hubungan hampir di antara kadar faedah dan tekanan inflasi, ukuran-ukuran seperti Indeks Harga Pengguna (CPI) atau Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) diawasi dengan cermat oleh pembuat-pembuat polisi untuk menjustifikasikan penyesuaian kadar.
Di United States, keadaan-keadaan pasaran tenaga kerja juga memainkan peranan penting di dalam menetapkan konfigurasi polisi kewangan dan perkembangannya.

Penting untuk difahami:

Peningkatan kadar faedah: meningkatkan kos meminjam wang (kredit), menolak pengguna dan bisnes untuk kurang berbelanja dan oleh itu, memperlahankan ekonomi. Dollar mendapat faedah daripada senario ini disebabkan orang ramai cenderung untuk bertangguh di atas simpanan mereka.

Penurunan kadar faedah: mengurangkan kos meminjam wang, menolak pengguna dan bisnes untuk mengambil lebih kredit dan oleh itu, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Dollar jatuh di dalam senario ini disebabkan oleh orag ramai cenderung untuk menggunakan tunai mereka dengan lebin mudah.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini