MASA UNTUK MEMBELI EMAS - PENGUKUHAN MELEBIHI $1365 AKAN MEMBUKA JALAN KE $1430




Minggu semasa adalah tidak mudah untuk pasaran-pasaran, tetapi ia adalah sangat menarik. Selepas jualan mendadak ekuiti yang mengejutkan di dalam minggu sebelumnya (Februari 5-9), pasaran-pasaran tertanya-tanya – apa yang akan berlaku seterusnya? Adakah indeks-indeks saham USA yang terlebih beli bertukar menuju pembetulan jangka sederhana atau ini hanyalah satu penarikan balik teknikal dengan kenaikan hasil bon mendadak.

Apa akan berlaku seterusnya dengan dollar USD, ketika keluk hasil meningkat di tengah-tengah jangkaan-jangkaan kenaikan kadar 'Fed' segera? Ramai yang mula bercakap mengenai pengunduran dollar, dan kami juga cenderung kepada senario ini, mengambil kira paras USD yang terlebih jual dan paras-paras minimum sejak tahun 2014. Inilah mengapa hari dagangan di pertengahan minggu tersebut - Rabu, adalah sangat penting atau lebih kepada data statistik mengenai inflasi pengguna, yang diterbitkan hari tersebtu dan menetapkan haluan jangka sederhana untuk pasaran-pasaran matawang dan ekuiti.

Data mengenai inflasi pengguna US adalah petunjuk sangat penting, petunjuk utama yang diambil kira oleh pengawal selia Amerika bila menetapkan sama ada meningkatkan kadar faedah (bersama dengan data GDP data dan data pasaran tenaga kerja). Pasaran-pasram percaya bahawa inflasi lemah adalah satu-satunya faktor yang boleh mempunyai kesan tertahan pada pelan 'Fed' untuk meningkatkan kadar sekurang-kurangnya tiga kali di dalam tahun 2018.

Pada hari Rabu, Februari 14, emas mengatasi jarak dari paras sokongan pada $1325 ke paras tinggi tahunan yang ditetapkan di dalam bulan Januari 2018 di sekitar tanda $1357 selepas penerbitan statistik US.

Data ini menunjukkan peningkatan di dalam tekanan inflasi tetapi disebabkan oleh fakyor-faktor berkitar (harga-harga untuk gasolin dan makanan), manakala indeks harga pengguna asas untuk bulan tersebut menokok hanya sebanyak 0.1% dan di dalam terma tahunan kekal pada 1.8%, yang pastinya di bawah paras sasaran  'Fed' pada 2%.

Tambahan, data mengenai jualan runcit US sekadar mengecewakan pasaran-pasaran. Jualan runcit bulan Januari dengan tidak terjangka jatuh dari sebelumnya + 0.4% jatuh kepada -0.3%. Ini adalah faktor negatif untuk pertumbuhan inflasi jangka sederhana juga. Selepas beberapa turun-naik, pasaran-pasaran mula menjual dollar USD dan membeli aset-aset saham. Agak mengejutkan adalah di dalam kenaikan hasil US ketika dollar USD merosot. Indeks turun-naik VIX akhirnya menenangkan pasaran-pasaran, merosot ke paras-paras minima dua minggu terakhir dan 'traders' mengatur 'rally' pasaran ekuiti besar-besaran, manakala indeks dollar DX jatuh ke paras rendah tahun 2014 - tidak jauh dari 88 mata.

Kebelakangan ini terdapat pertimbangan mengenai pasaran ini mengenai kemungkinan masalah-masalah masa hadapan di dalam ekonomi US, yang mungkin menyumbang kepada pertumbuhan emas jangka sederhana lanjut. Selepas pelaksanaan reformasi pencukaian, hasil-hasil bajet US akan jatuh dengan mendadak, manakala perbelanjaan tidak dikurangkan. Selain itu pentadbiran Trump tertarik dengan dollar yang lemah, yang mungkin membawa kepada peningkatan kukuh d dalam inflasi dan akan mempunyai sebahagian kesan negatif pada ekonomi. Inflasi lebih tinggi akan membawa kadar faedah lebih tinggi, meningkatkan permintaan untuk emas disampingnya, aset anti inflasi dan selamat-terlindung terbaik setakat ini. Risiko-risiko tidak konsiisten polisi kewangan dan fiskal telahpun berada di dalam tindakan menetapkan sebahagian tekanan pada dollar.

Secara teknikalnya, terdapat tempat untuk bercakap menganai pertumbuhan jangka sederhana emas dan ini adalah kelihatan pada carta. Di dalam hari-hari terakhir minggu tersebut, harga telah muncul hampir ke paras rintangan strategik $1360- $1365. Ini adalah percubaan ketika untuk menerpa pada paras oini untuk dua tahun terakhir, manakala pasaran emas adalah di dalam fasa trend 'menaik' (bullish), bermula di dalam bulan Januari 2016. Menurut kepada peraturan analisis teknikal klasik, paras-paras strategik berskala besar seperti itu dilepasi oleh pasaran ini daripada kali ketiga. Pengukuhan melebihi paras ini akan membuka jalan kepada pertumbuhan di dalam paras $ 1430.

Selamat berjaya di dalam dagangan!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini