Wang Kripto: Berasa Sunyi?



Dengar ini. CEO bursa matawang kripto Kraken Jesse Powell berkata di dalam temuramah semasa: "Saya fikir akhirnya pengguna perlu melihat menjaga diri mereka sendiri, melihat ke dalam fundamental sebarang wang dan tidak bergantung kepada mana-mana bursa khusus untuk melindungi mereka daripada turun-naik pasaran"

Ketika kita semua mungkin mempunyai tafsiran mengenai kenyataan ini, kita boleh bersetuju yang mesej ini adalah agak jelas: “kawan, anda tidak keseorangan di luar sana, jaga diri sendiri sebaik mungkin.”

Kami tahu... peraturan sama terpakai dengan hampir sebarnag pelaburan, benar? Tetapi kita juga tahu yang wang kripto tidak sepertinmana-mana pelaburan lain. Hakikatnya, mereka adalah sangat unik. Tidak hanya disebabkan oleh turun-naik besar mereka, tetapi juga kerana mereka sepenuhnya tidak berperaturan.

"Kami tidak membuat janji mengenai masa hadapan mana-mana koin, semua perkara boleh berubah bila anda menambah $1 billion di dalam 10 minit," Powell menambah ketika becakap dengan para wartawan di Dubai.




Dan beliau sebenarnya betul. Graviti tidak hanya terpakai kepada dunia fizikal. Bila perkara bergerak terlalu tinggi, terlalu cepat, jangkakan pembetulan ke bawah selepas itu. Ia adalah satu peraturan. Dow Jones menambah lebih 300 mata. Berapa lama ia berpanjangan? Baik... kurang daripada dua hari. Buat kesimpulan anda sendiri.

Kerajaan-kerajaan kekal dengan pendirian kenservatif bila berkaitan dengan wang kripto. Tidak lama dahulu, Pehak Berkuasa Pengawasan Eropah untuk sekuriti, perbankan dan insurans dan pencen mengisukan satu laporan yang berkata keadaan-keadaan pasaran kripto semasa menunjukkan "tanda-tanda jelas buih harga."

Satu idea juga dikongsi oleh pakar kewangan seperti Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway, Warren Buffett, yang telah menenkankan mengenai risiko-risiko mengenai melabur di dalam aset-aset ini.

Jadi… di mana wang kripto paling popular berdiri sekarang ini? Di dalam sesi sebelumnya, kita telah melihat BTC meringankan momentum 'menaik' (bullish) bila mencuba tanda $9,000.
Di dalam dua peristiwa, BTC telah gagal memecah paras tersebut dan melantun kembali ke paras $8,900, di mana ia menjumpai sokongan selesa untuk memperoleh semula kuasa membeli.

Wang kripto, dengan contoh di atas, telah memperbetul lebih rendah mendadak di dalam beberapa bulan lepas selepas menyentuh paras tinggi rekod $20,000 setiap BTC.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini