Pasaran Bitcoin- permodalan jatuh kepada $77 billion pada akhir tahun 2018?



Kajian menarik mengenai Bitcoin dan keseluruhan pasaran matawang kripto kebelakangan ini dibekalkan oleh pengkaji-pengkaji dari Switzerland. Satu pasukan pengkaji dari Zurich di dalam laporannya berkata berkenaan pertumbuhan semasa Bitcoins sebagai buih spekulatif, meramalkan bahawa nilai pasaran Bitcoin, yang sekarang ini berjajaran di sekitar $7000- $7700, akan merosot sebanyak kira-kira 37% ke paras lebih-kurang $4500 untuk satu koin atau di dalam terma permodalan, tidak lebih daripada $77 billion. Adalah dijangka kemerosotan utama akan berlaku sebelum akhir tahun 2018 dan ini semua berdasarkan satu teori yang dikenali sebagai 'Metcalfe's law'.

Jadi, apakah dia 'Metcalfe's law'? Ini adalah teori yang diperkenalkan di dalam lewat 1980an, yang menyatakan bahawa "nilai rangkaian adalah berkadaran dengan medan jumlah 'nodes'," juga dikenali sebagai "kesan rangkaian."

Ketika penilaian pasaran ekuiti adalah berdasarkan kepada faktor-faktor fundamental seperti P / E, dan taksiran mengenai pasaran-pasaran tukaran asing adalah berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk fundamental daripada satu ekonomi, para pengkaji Swiss percaya bahawa wang kripto adalah berdasarkan kepada rangkaian 'rantaian blok' (blockchain) yang perlu dianggarkan dengan jumlah pengguna dan latitud pengedaran rangkaian itu sendiri. Mereka datang kepada kesimpualan bahawa jumlah pengguna Bitcoins tidak menyokong pertumbuhan pasaran Bitcoin.

Jika saintis-saintis Swiss betul, Bitcoins tidak akan terus bertambah, seperti yang ia lakukan di dalam tahun 2017. Lebih lagi, para pengkaji berkata bahawa, diberikan "hubungan rapat" di antara harga BTC dan harga altcoins, pergerakan jangka pendek wang-wang kripto lain berkemungkinan di bawah tekanan, tidak kira anggaran-anggaran mereka sendiri.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini