Apa yang perlu dilakukan selepas akaun anda kerugian?


Pedagang- pedagang yang berpengalaman akan mengatakan bahawa kebanyakan orang baru akhirnya kehilangan semuanya dalam tahun pertama mereka berdagang dengan akaun nyata. Dan walaupun pada hakikatnya saya tidak boleh mengatakan jika kenyataan itu adalah tepat atau tidak, peluang kegagalan dalam tukaran mata wang asing adalah tinggi khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai rekod/ pengalaman.

Andaikan anda baru berada dalam bidang Forex. Anda telah menghabiskan tiga bulan dengan ilmu dan pengetahuan anda dengan akaun demo dan selepas itu anda membuat keputusan untuk mencubanya secara nyata.

Semuanya adalah sempurna untuk beberapa minggu pertama, tetapi suatu hari nanti anda bangun tidur dan mendapati akaun anda sifar.. Anda menyemak sejarah dagangan anda dan ianya terjadi... kerugian yang besar di dalam sekelip mata yang menyebabkan anda terkeluar dari permainan ini. Bunyinya terlalu berimaginasi? Tidak. Sebenarnya, ia adalah sebuah situasi yang agak biasa.
Sudah tentu, soalan besar di sini adalah apa yang perlu dilakukan seterusnya?

Anda mengambil risiko dan ianya telah menyebabkan kerugian, itu adalah apa yang anda tahu setakat ini. Kegagalan bukanlah satu perkara yang mudah untuk diterima. Malah, ia adalah satu perkara yang sangat mencabar untuk dilupakan. Untuk menolong anda, kami telah mengumpulkan tiga langkah:

1. Hadapi Kebenaran
Salah satu cara yang sangat biasa mengubati kegagalan adalah dengan menolak segala-galanya yang membawa kepadanya di tempat pertama. Dalam kes ini, tukaran mata wang asing. Anda akan berasa bahawa Forex adalah tidak sesuai untuk anda, dan bahkan mungkin mula meraguinya. Adakah ianya satu penipuan?... OK, mari kita lihat perlahan- lahan. Tidak, tukaran mata wang asing bukanlah satu penipuan. Ia sebenarnya agak menyeronokkan dan boleh dipercayai sehinggalah anda mengalami kerugian dalam akaun anda, betul?

Forex adalah mengenai pembelajaran dan gagal adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Langkah pertama untuk mengatasi kegagalan Forex adalah dengan mengaku bahawa anda telah membuat kesilapan. Gelarlah ia seperti yang anda mahu:pendedahan yang keterlaluan, pengurusan risiko yang teruk, kedudukan yang salah..

2. Siasat kesilapan anda
Sebaik sahaja anda telah mengakui kesilapan yang telah dilakukan, maka sudah tiba masanya untuk menyiasat apa sebenarnya yang membawa anda kepada kesilapan itu. Adakah maklumat yang tidak tepat? Adakah kekurangan pengalaman anda? Adakah anda terlalu penat untuk melakukan semakan sebanyak dua kali? Apakah ia? Jika anda mampu untuk bertanya diri anda mengenainya, maka anda akan dapat mencari jalan untuk membetulkan kesilapan dan maju ke hadapan.

3. Mula semula (dan tidak perlu berasa malu)
Mula semula di mana anda bermula : akaun demo. Kembali kepadanya. Gunakan pengetahuan anda dari akaun sebenar dan cuba untuk tidak melakukan kesilapan sama seperti sebelumnya. Jika anda temui semula keyakinan anda (dan modal pelaburan), silakan kembali dan buka semula akaun yang sebenar.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini