Perjumpaan Trump-Kim: Baik Atau Buruk Untuk Pasaran-Pasaran?


Semua sedia. Satu acara yang secara harfiahnya mustahil untuk dibayangkan hanya beberapa minggu lalu telah diselesaikan. Presiden US Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akan segera berjumpa secara berhadapan.

Trump membuat 'tweet' pada hari Khamis: “Perjumpaan yang sangat ditunggu di antara Kim Jong Un dan saya sendiri akan mengambil tempat di Singapura pada Jun 12.”
Pemimpin Republikan itu juga menyatakan sebahagian daripada jangkaan-jangkaannya untuk pertemuan bersejarah: “Kedua-dua kami akan cuba membuatkannya momen yang sangat istimewa untuk Keamanan Dunia!”

Perincian pertemuan ini diterbitkan beberapa jam selepas tiga banduan Amerika dibebaskan oleh Pyongyang dan dihantar pulang. Pembebasan mereka dianjurkan oleh satu lawatan Setiausaha Negara Mike Pompeo untuk mengkordinasi perincian perjumpaan Trump-Kim.
Jika ketegangan geopolitik lebih tinggi cenderung untuk memberi faedah kepada aset-aset selamat-terlindung seperti emas dan yen, ketegangan geopolitik lebih rendah menggalakkan permintaan aset-aset berisiko? Mhmmm… Bergantung.

Tidak terdapat keraguan yang ketegangan geopolitik adalah baik untuk emas. Tetapi mereka juga positif untuk saham-saham berkaitan ketenteraan, sayarikat-syarikat farmaseutikal dan pembekal-pembekal makanan.

“Kami cenderung untuk memikirkan politik kacau-bilau adalah buruk – kelihatan bahawa politik kacau-bilau sebenarnya boleh menghasilkan keputusan-keputusan yang berbeza,” Mohamed El-Erian, ketua penasihat ekonomi di Allianz berkata.

“Saya fikir apa yang pasaran-pasaran telah faham adalah bahawa langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada proses untuk apa yang ahli-ahli ekonomi panggil sebagai permainan pelbagai pusingan yang boleh mempunyai keputusan-keputusan yang baik,”beliau menambah bila menekankan bahawa para pelabur jangka panjang tidak perlu berasa bimbang mengenai turun-naik pasaran.

Di dalam perkataan lain, apa yang beliau maksudkan adalah politik (terutamanya sekarang ini) adalah mengenai kitaran tetap, naik dan turun, kestabilan dan turun-naik, tetapi akhirnya pertumbuhan sedang mengatasi pembetulan.

Ya. Penyah-nuklearan adalah pastinya baik untuk seluruh dunia. Tetapi sejujurnya, Kospi dari Korea Selatan adalah yang akan mendapat hadiah besar selepas semuanya.

Pasti, tiga indeks utama Wall Street juga sedang memperbaiki posisi mereka sejurus ketidakpastian dibuang dan aktiviti ekonomi terus meningkat di dalam persekitaran yang stabil dan sihat.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini