Analisa Pasaran EUR/USD


Di sebalik penurunan pada hari Jumaat ketika 'traders' menetapkan keuntungan, minggu dagangan terakhir muncul sebagai agak berjaya untuk EUR / USD ketika untuk empat hari berturut-turut harga menunjukkan pertumbuhan.

Berita penting yang menumbang kepada perolehan pasangan matawang ini sepanjang minggu tersebut adalah laporan media yang ECB akan berbincang mengenai masa hadapan program QE. Dengan diberikan risiko-risiko politik dan masalah-masalah ekonomi Eropah, berita ini mengejutkan pasaran, ketika adalah dijangka bahawa pengawal-selia berkenaan akan bergerak ke hadapan untuk mempertimbangkan isu ini kemudiannya, mengambil kira masalah-maslaah yang dinyatakan di atas.

Minggu ini akan kaya dengan data rasmi - mesyuarat ECB akan berada di dalam fokus dan juga mesyuarat dua hari yang akan diadakan oleh FOMC. Adalah agak berkemungkinan bahawa "konfrontasi" kedua-dua bank pusat tersebut akan menentukan trend lanjut untuk pasangan EUR / USD untuk berminggu-minggu.

Sebagai tambahan kepada mesyuat-mesyuarat pengawal-pengawal-selia, peristiwa-peristiwa ekonomi penting lain dijangka di dalam hari-hari yang mendatang, yang akan mengekalkan turun-naik pasaran pada paras tinggi.

Hari Isnin didiserlahkan dengan ketidakhadiran laporan-laporan ekonomi penting, seperti pada hari Selasa. ZEW akan membekalkan datanya mengenai indeks sentimen ekonomi untuk Jerman dan EU, dan di US akan diterbitkan data sangat penting mengenai perubahan di dalam harga pengguna.
Pada hari Rabu, semua perhatian akan terfokus pada keputusan daripada 'Fed', dan juga ramalan ekonomi dan sidang akhbar terkini Jerome Powell.

Pada hari Khamis, hasil-hasil daripada mesyuarat ECBakan diumumkan, di mana fokus pasaran utama adalah kepada masa hadapan program QE. Sidang akhbar Mario Draghi boleh juga mempunyai pengaruh sangat kuat kepada dagangan.

Pada hari Jumaat, para pelabur akan mengawasi statistik mengenai inflasi di dalam kawasan euro, dan juga data mengenai pengeluaran industri di US.

Seperti yang kita lihat minggu ini adalah penuh dengan data yang sangat penting.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini