Analisa Pasaran EUR/USD




EUR / USD sedang diniagakan lebih rendah di tengah-tengah pengukuhan dollar USD, yang kelihatan sejenis reaksi aluan kepada keputusan-keputusan positif persidangan Singapura, di mana para pemimpin DPRK dan US bertemu. Semua pihak bersetuju untuk menandatangani dokumen akhir, dan meneruskan dialog untuk mencapai keamanan di semenanjung Korea.

Walaubagaimanapun, satu peranan penting di dalam dinamik EUR/USD minggu ini akan berkemungkinan dibekalkan bukan oleh faktor-faktor geopolitik tetapi faktor-faktor ekonomi. Minggu ini akan menetapkan gambaran pasaran jangka sederhana di tengah-tengah laporan-laporan ekonomi penting, dan mesyuarat dua pengawal-selia kewangan global utama.

Kejutan mungkin datang daripada ECB. Para pelabur sekarang ini sedang menunggu keputusan pengawal-selia tersebut untuk masa hadapan program QE. Menurut ramai pakar, pengawal-selia kewangan Eropah boleh mengisyaratkan mengenai perubahan dan mengetatkan secara beransur-ansur polisi kewangannya, yang memberikan sokongan sangat kukuh kepada matawang Eropah dan membantu EUR / USD untuk memperoleh walaubun di sebalik kenaikan kadar yang dijangka di US.
Sehingga kini, sesi Eropah akan memberi fokus kepada data ZEW mengenai indeks keadaan-keadaan ekonomi di EU dan Jerman. Pakar-pakar meramalkan satu pengurangan di dalam petunjuk itu, yang, jika disahkan, boleh meletakkan tekanan kepada EUR / USD.

United States akan memberi respons dengan data berkenaan dinamik harga pengguna, yang selalnya petunjuk penting tetapi sangat-sangat penting di hadapan mesyuarat 'Fed'.

Berdasarkan carta, EUR/USD mengekalkan peluang-peluang baik untuk meneruskan pertumbuhannya menuju paras rintangan penting 1.2000. Untuk sekarang ini, kedua-dua harga dan petunjuk-petunjuk mengekalkan sentimen positif. Walaubagaimanapun, sokongan kukuh terhampir untuk D1 adalah masih di dalam kawasan 1.1552.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini