Mesyuarat Kewangan ECB: Satu Acara Penting Untuk Diperhatikan


Bank Pusat Eropah sedang berkumpul minggu hadapan untuk menjalankan mesyuarat polisi kewangan baru. Ketika para pelabur selalu mengekalkan pandangan kepada peristiwa-peristiwa ini, di dalam tahun-tahun ke belakangan tidak terdapat berita yang menarik untuk mempengaruhi. Tetapi kelihatan bahawa ia hampir untuk berubah.

Pengawal-selia Eropah ini telah mengekalkan pendirian lembut terhadap polisi kewangan, membekalkan ransangan berterusan kepada ekonomi blok ini dengan program pembelian bon besarnya.

Presiden ECB Mario Draghi telah mempertahankan keperluan untuk mengekalkan stimulus berjalan di dalam banyak keadaan yang berbeza, tetapi data ekonomi semasa membuatkannya jelas yang EU telah memulih cukup baik untuk menjustifikasikan perubahan polisi, terutamanya berkaitan stimulus.
Sebelumnya tahun ini, Bank Pusat Eropah memilih untuk laluan sederhana ketika krisis politik yang berterusan muncul di Jerman, Itali dan Sepanyol. Semua tiga situasi ini dilihat sebagai ancaman berpotensi kepada kesatuan Komuniti Eropah dan sumber kepada ketidakstabilan pasaran.

Pada hari Rabu, Ketua Ahli Ekonomi ECB Peter Praet mengejutkan para pelabur dengan mesej yang tidak dijangka: bank itu boleh dengan segera memotong program pembelian bond €30 billion sebulan.

Isyarat ECB muncul pada masa yang sensitif di dalam politik Eropah. Kerajaan populis baru Itali telah menakutkan para pelabur dengan pelan untuk membenarkan lebih perbelanjaan kerajaan untuk melonggarkan peraturan yang mentadbir kesatuan matawang tersebut, yang boleh mencetuskan satu pertembungan dengan kerajaan-kerajaan lain, terutamanya kerajaan Jerman.

Berucap di Berlin, En. Praet berkata yang ECB bertambah yakin bahawa inflasi akan dengan segera meningkat kepada sasaran bank ini pada sedikit di bawah 2%—satu sasaran yang terlepas untuk bertahun-tahun.

“Minggu hadapan, majlis pentadbiran akan perlu menaksir sama ada progres setakat ini sudah mencukupi untuk mewajarkan pengurangan pembelian [bon] bersih kita,” En. Praet berkata.
Komen-komen ini mengejutkan para pelabur, ramai daripada mereka tidak menjangkakan satu keputusan mengenai masa hadapan stimulus ECB sehingga Julai.

Ucapan En. Praet adalah kenyataan yang terakhir dijadualkan oleh anggota lembaga eksekutif ECB sebelum 'blackout period' (tempoh tanpa pindaan) di hadapan mesyuarat polisi bank berkenaan di Riga, Latvia, pada hari Rabu dan Khamis minggu depan.

Euro melonjak hampir setengah sen berbanding dollar selepas komen En. Praet diterbitkan, manakala bon-bon kerajaan zon euro tenggelam. Bon-bon Itali terpukul keras ketika para pelabur meramalkan keluarnya pembeli gergasi.

Komen En. Praet adalah signifikan disebabkan pegawai Belgium itu bertanggungjawab untuk merangka polisi ECBdan secara umum dipertimbangkan sebagai seorang daripada “doves” (polisi kurang agresif) di dalam jawatankuasa penetapan kadar bank tersebut, bermakna beliau menekankan pertumbuhan dan pekerjaan melebihi inflasi yang rendah.

Para pegawai Kanan ECB telah mengisyaratkan ke belakangan ini yang mereka mungkin memerlukan lebih masa untuk menaksir alasan-alasan kepada keadaan memperlahan semasa di dalam ekonomi blok ini. Mereka juga menonjolkan ancaman-ancaman yang meninggi daripada perlindungan dagangan, yang boleh memukul ekonomi berfokuskan eksport zon euro dengan keras.
Ucapan "hebat" En. Praet “membekalkan bukti lanjut bahawa terdapat majoriti yang bertambah di dalam majlis pentadbiran yang cenderung kepada mengakhiri [pembelian bon] pada akhir tahun ini,” kata Carsten Brzeski, seorang ekonomi dengan ING di Frankfurt.

Pegawai-pegawai tertinggi ECB yang lain—terutamanya Presiden bank pusat Jerman Jens Weidmann dan anggota lembaga eksekutif Sabine Lautenschläger —telah mengisyaratkan bahawa bank berkenaan perlu mengakhiri pembelian bonnya tahun ini. Pembelian ini, dikenali sebagai kelonggaran kuantitatif, sekarang ini ditetapkan berjalan pada €30 billion a month at least through sebulan sekurang-kurangnya menerusi bulan September.

Di dalam sebuah mesej video yang diberikan di Berlin pada hari Rabu, En. Weidmann berkata beliau mendapatinya “munasah” bahawa QE sepatutnya berakhir di dalam tahun 2018.
Para pegawai ECB telah menunjukkan untuk beberapa bulan bahawa mereka sedang bersedia untuk menghentikan beransur-ansur QE ketika ekonomi wilayah tersebut mempercepat dan pengangguran jatuh.

Walaubagaimanapun, data semasa dan kaji selidik perniagaan mencadangkan bahawa ekonomi itu telah memperlahan tahun ini. Para pegawai ECB menyifatkannya sebahagiannya kepada kelonggaran semulajadi pertumbuhan daripada kelajuan yang sangat pantas, dan juga faktor-faktor sementara seperti cuaca buruk dan wabak influenza.

Masih, inflasi asas kekal lemah dan para pegawai ECB telah berkata yang mereka mahu melihat data ekonomi lanjut sebelum membuat keputusan. Bank tersebut akan menerbitkan minggu hadapan ramalan suku tahunan untuk pertumbuhan dan inflasi, yang kerap digunakan sebagai asas kepada keputusan-keputusan polisi.

“Kelihatan bahawa majoriti daripada ECB mempertimbangkan siri 'hard macro data' (data makro kasar) yang lebih lemah sebagai 'soft patch' (tempoh lemah yang sementara) daripada permulaan kemerosotan pemilihan zon euro,” Mr. Brzeski said.

Pelan perbelanjaan kerajaan Itali, bersama kebimbangan yang Itali mungkin akhirnya meninggalkan zon Euro, telah menolak kos pinjaman untuk kerajaan dengan hutang tinggi negara itu, dan juga mereka daripada negara-negara selatan Eropah. Sebarang krisis di Itali boleh melemahkan pertumbuhan zon euro dan berpotensi memerlukan ransangan baru dari Frankfurt.

Walaubagaimanapun, para penganalisa mencadangkan yang ECB mungkin mahu mengekalkan perlan polisinya berjalan dengan tepat disebabkan krisis di Itali.

“ECB akan menjadi sangat berhati-hati untuk tidak dilihat mencederakan atau membantu kerajaan Itali,” kata Marcel Fratzscher, presiden kumpulan pemikir ekonomi DIW Jerman.
Sebahagian pegawai ECB officials—terutama Er. Weidmann—telah lama memberi amaran yang bank tersebut boleh berada di bawah tekanan untuk menyambung pembelian bonnya untuk mengelakkan satu lonjakan di dalam kos pinjaman kepada kerajaan dengan hutang tinggi wilayah tersebut, yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi.

“Penutupan babak QE seminggu selepas po[pulis mendapat kuasa di Rome mengisyaratkan ketidaksediaan ECB ‘membenarkan polisi kewangannya dijadikan tebusan’,” penganalisa di 'Bank of America' Merrill Lynch berkata di dalam satu catatan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini