Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan kadar faedahnya tidak berubah, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0370/0420 berbanding dolar AS daripada 4.0200/0250 pada Selasa.

Ketua Global Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM, Jameel Ahmad, berkata kesannya dapat dilihat pada prestasi ringgit disebalik keputusan paling dijangka oleh Jawatankuasa Dasar Monetari BNM untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus.

"Bank pusat berkenaan secara keseluruhan dilihat positif terhadap prospek pertumbuhan ekonomi.

"Adalah benar bahawa ekonomi tempatan menuruti landasan positif dan mata wangnya menunjukkan daya tahan berbanding mata wang serantau pada waktu di mana keadaan dunia didominasi oleh ketidaktentuan perang perdagangan," katanya dalam satu nota hari ini.

Pada penutup, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9651/9699 daripada 2.9613/9665 dan susut berbanding euro kepada 4.7237/7312 daripada 4.7118/7189 pada Selasa.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.3466/3552 daripada 5.3233/3319 dan susut berbanding yen kepada 3.6297/6352 daripada 3.6128/6183 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini