Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang serantau lain dalam keadaan sentimen yang bertambah baik susulan prospek rundingan perdagangan antara AS-China, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1370/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1460 pada Khamis.

Peniaga itu berkata pasaran akan terus memantau perkembangan ketegangan perdagangan AS-China dan kesannya ke atas pasaran mata wang.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.6997/7037 daripada 3.7170/7204 pada Khamis tetapi susut berbanding euro kepada 4.8390/8446 daripada 4.8129/8168 pada Khamis.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0208/0241 daripada 3.0181/0216 pada Khamis dan susut berbanding pound British kepada 5.4282/4338 daripada 5.4066/4126.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini