Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini berikutan permintaan lebih tinggi terhadap nota tempatan, menjelang pengumuman Kenyataan Dasar Monetari oleh Bank Negara Malaysia hari ini.

Pada 9.11 pagi, ringgit berada pada 4.1310/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1400 yang dicatatkan pada penutup semalam.

Peniaga berkata, peserta pasaran menjangkakan Bank Negara mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus, yang akan mengekalkan kestabilan ringgit berbanding dolar AS.

"Sebaliknya, peniaga bearis berhubung prospek dolar AS tahun ini memandangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan tahun ini," katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0435/0467 daripada 3.0420/0461 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7705/7756 daripada 3.7701/7756 semalam.

Ringgit lebih lemah berbanding pound British pada 5.4062/4119 daripada 5.3689/3770 dan susut berbanding euro kepada 4.7040/7106 daripada 4.6949/6026 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini