Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1050/1100 berbanding 4.1225/1275 Jumaat.

Peniaga berkata, dolar AS berada dalam tekanan memandangkan kerajaan AS masih ditutup.

"Dolar AS juga lemah disebabkan unjuran dasar Rizab Persekutuan (Fed). Fed merancang untuk menamatkan program pengurangan lembaran imbangannya lebih awal daripada jangkaan," katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura, dengan ringgit mengukuh kepada 3.0338/0386 berbanding 3.0346/0385 Jumaat lalu.

Nota tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7550/7599 daripada 3.7542/7598, merosot berbanding pound British kepada 5.4198/4268 daripada 5.3935/4004 dan rendah berbanding euro pada 4.6854/6916 daripada 4.6704/6769 sebelumnya.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini