Ringgit tunjuk tanda-tanda pengukuhan



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pada 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.1080/1120 berbanding penutup Selasa iaitu pada 4.1100/1140.

Peniaga berkata, peniaga tetap berada di luar pasaran dan menahan daripada membuat sebarang langkah penting menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan hari ini, menjadikan dolar AS lemah berbanding mata wang utama.

Katanya, Rizab Persekutuan dijangka mengekalkan kadar faedah selepas ia dinaikkan empat kali tahun lalu.

"Dengan saham global yang merosot susulan kebimbangan berhubung pertumbuhan dan penurunan harga minyak mentah, peniaga kini memilih pelaburan selamat," katanya.

Sementara itu, nota tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0385/0425 berbanding 3.0397/0429 Selasa dan menokok berbanding euro kepada 4.6963/7012 berbanding 4.7018/7068.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7543/75948 daripada 3.7548/7595 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3749/3818 daripada 5.4108/4177.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini