Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan harga minyak yang semakin menggalakkan, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit naik kepada 4.1870/1900 berbanding mata wang AS itu daripada 4.1910/1940 paras ditutup Khamis.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Asia-Pasifik, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata ketegangan perdagangan berterusan antara AS-China terus memberikan implikasi ke atas ringgit.

“Sejak dua bulan lalu, ringgit terus menyaksikan penyusutan berbanding dolar AS sehingga mencecah paras terendah baharu RM4.19 sejak 28 November 2018,” katanya.

“Langkah penyenaraian hitam AS terhadap gergasi telekomunikasi China, Huawei mencerminkan tiada penyelesaian yang baik untuk kedua-dua gergasi ekonomi dunia itu,” katanya kepada Bernama.

Penanda aras Brent didagangkan 1.32 peratus lebih baik kepada AS$67.38 setong.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama dunia lain.

Ia lebih rendah berbanding Singapura dolar kepada 3.0404/0431 berbanding 3.0326/0352 kelmarin, dan lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8178/8216 daripada 3.8076/8113.

Unit tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding British pound kepada 5.3158/3213 daripada 5.2949/2995 dan menurun berbanding euro kepada 4.6844/6894 daripada 4.6663/6700 kelmarin. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini