June 2019 - Fort Financial Services



Perihal DaganganSalinan - CopyTrading 

'PenyalinDagangan' (CopyTrading) adalah perkhidmatan secara automatik menyalin dagangan daripada akaun-akaun 'traders' peneraju yang berjaya. Sistem ini membenarkan untuk menguruskan risiko-risiko kewangan dengan menetapkan ratio salinan berdasarkan margin bebas anda. Untuk membantu anda memilih akaun Induk yang sesuai kami membangunkan senarai mudah penarafan yang menunjukkan keefisyenan setiap akaun.

Perkhidmatan (platform) kami adalah bertujuan untuk membantu 'traders' berpengalaman untuk mendapat keuntungan tambahan dengan menjual langganan untuk isyarat-isyarat dagangan daripada akaun-akaun Induk mereka.


PENARAFAN AKAUN-AKAUN INDUK

Penarafan Akaun-Akaun Induk adalah berdasarkan asas berkenaan bagaimana efektifnya akaun Induk tertentu menguruskan modal yang terlibat di dalam dagangan. Ia bermakna bahawa di sebalik baki akaun Induk tersebut, penarafan berkenaan hanya mempertimbangkan kadar pertumbuhan keuntungan kepada margin yang terlibat di dalam transaksi.

'Trader' A mempunyai $ 1,000 di dalam baki akaun. Beliau menjual 1 lot USDJPY, menggunakan $ 100 untuk dagangan ini.

'Trader' A telah memperoleh $ 200, oleh kerana itu keefisienan beliau adalah 200/100 * 100% = 200%

'Trader' B juga mempunyai $ 1,000 di dalam baki dagangan. Beliau menjual 5 lot USDJPY. Margin untuk dagangan ini adalah $ 500. 'Trader' B memperoleh $ 500, oleh itu keefisienan beliau adalah 500/500 * 100% = 100%. '

'Trader' B menunjukkan keefisienan lebih rendah kepada jumlah dana yang terlibat di dalam dagangan, oleh itu posisi beliau di dalam penarafan tersebut adalah lebih rendah daripada posisi 'Trader' A..

Oleh kerana itu, penarafan Akaun-Akaun Induk menunjukkan statistik paling adil untuk setiap prestasi Akaun-Akaun Induk.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini