Ringgit kukuh berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit kembali pulih selepas susut dua hari berturut-turut apabila dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan minat belian baharu terhadap unit itu.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit mencecah paras 4.1165/1205 berbanding 4.1170/1200 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, dolar AS ternyata tidak berubah selepas mencatat untung selama tiga hari berturut-turut menjelang mesyuarat dasar monetari Bank Pusat Eropah hari ini serta Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada minggu depan.

Beliau berkata, pelabur juga memberi reaksi positif terhadap laporan bahawa pegawai Amerika Syarikat (AS) akan ke China pada minggu depan untuk menyambung semula rundingan dagangan.

“Ini membantu memacu sentimen dalam pasaran tukaran mata wang,” katanya.

Selain itu, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama dunia.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0162/0196 daripada 3.0170/0196 semalam dan naik sedikit berbanding yen kepada 3.8052/ 8100 daripada 3.8099/8138.

Unit tempatan itu turut mengukuh berbanding euro kepada 4.5845/5898 daripada 4.5847/5897 namun susut berbanding pound Britain kepada 5.1386/1444 daripada 5.1343/1397, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini