Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mata wang itu melonjak ke paras tertinggi pada tahun ini, disokong oleh keyakinan ke atas rangsangan yang mungkin mampu menangani kelembapan ekonomi global.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1810/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1750/1790 yang direkodkan semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes, berkata dolar AS masih disokong oleh kepelbagaian pertumbuhan Amerika Syarikat (AS).

"Data ekonomi AS yang kukuh berbanding data Eropah dan China yang lemah menjadikan dolar AS lebih menarik," katanya kepada Bernama.

Perbincangan mengenai perdagangan antara AS-China pada bulan depan juga menyebabkan ramai pelabur resah.

"Saya fikir sehingga ada yang petunjuk yang muktamad atau positif daripada mesyuarat itu, mungkin barulah ringgit akan menunjukkan pengukuhan secara ketara," katanya.

Ringgit telah didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan naik berbanding pound British kepada 5.0569/0646 daripada 5.0593/0645 yang dicatatkan semalam, ia juga melonjak berbanding euro kepada 4.6334/6393 daripada 4.6338/6399.

Ringgit menyusut berbanding yen kepada 3.9321/9372 daripada 3.9183/9228 dan berbanding dolar Singapura, ia turun kepada 3.0164/0204 daripada 3.0144/0184.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini