Ringgit kukuh pada pembukaan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kukuh pada pembukaan



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dilonjakkan oleh kenaikan harga minyak mentah yang kini didagangkan pada AS$63.84 satu tong, naik 0.81 peratus.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1810/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1930 yang dicatatkan pada penutup Khamis.

Peniaga berkata, harga minyak mentah Brent meningkat selepas Menteri Luar Iran, Javad Zarif, berkata negara itu akan mengelakkan konflik dengan AS dan sekutunya dan percaya bahawa konfrontasi ketenteraan berdasarkan tipu daya adalah menyalahi undang-undang.

Ketegangan antara Teheran dan Washington melonjak berikutan serangan ke atas kemudahan minyak Abqaiq dan medan minyak Khurais di Arab Saudi yang mana AS menyalahkan Iran.

Serangan itu didakwa menggunakan gabungan dron dan peluru berpandu menyebabkan penutupan sementara 5.7 juta tong sehari (bpd) pengeluaran minyak mentah Arab Saudi atau sekitar lima peratus daripada bekalan minyak harian dunia.

Sementara itu, berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit diniagakan lebih kukuh kecuali berbanding pound British, yang susut kepada 5.2367/2434 daripada 5.2262/2316.

Berbanding dolar Singapura, nota tempatan mengukuh kepada 3.0326/0371 daripada 3.0406/0349, berbanding yen ia menokok kepada 3.8724/8781 daripada 3.8789/8496 dan meningkat kepada 4.6196/6286 daripada 4.6341/6391 apabila dibandingkan dengan euro.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini