Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan aliran meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas meraih manfaat daripada dolar AS yang lemah.

Ia memandangkan lebih ramai pelabur beralih menumpukan kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk unit tempatan.


Pada jam 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.2480/2510 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2560 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, pelabur menjadi berhati-hati terhadap mata wang negara maju itu menjelang keputusan dasar monetari oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0807/0840 daripada 3.0790/0838 ketika ditutup semalam dan turun berbanding yen Jepun kepada 4.0388/0428 daripada 4.0372/0441.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4905/4948 daripada 5.4702/4796 semalam namun tinggi berbanding euro kepada 4.9791/9830 daripada 4.9840/9927.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini