FBS Memenangi Anugerah Platform Perdagangan Mudah Alih Terbaik 2020 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

FBS Memenangi Anugerah Platform Perdagangan Mudah Alih Terbaik 2020


Kami di FBS merasa bangga kerana telah dianugerahkan Platform Perdagangan Mudah Alih Terbaik 2020. Pasukan kami semakin bertambah baik setiap hari, dan kami telah menyumbangkan sepenuh tenaga dan usaha untuk menjadikan platform perdagangan semua-dalam-satu kami, mudah digunakan oleh semua pengguna. Dan kami dengan ini layak mengatakan yang kami telah berjaya!

Setiap tahun, Jawatankuasa yang terdiri daripada pakar portal kewangan British Global Banking & Finance Review akan menilai dan memberi penghargaan kepada bank dan pedagang paling berprestij dalam pelbagai kategori. Dan inilah kami - buat pertama kalinya, platform perdagangan FBS telah menerima penghargaan daripada pihak penerbitan yang berwibawa ini. 

FBS Trader mudah diakses dan mesra pengguna. Dengan FBS Trader, anda boleh menggunakan lebih daripada 41 perkakas – pasangan matawang, CFD, dan pasaran hadapan. Ia adalah broker 24/7 yang membolehkan anda berdagang dan memantau perdagangan anda dimana dan bila-bila masa. 

Jelajahi dunia perdagangan dengan lebih mendalam dan lihat aplikasi mudah alih terbaru kami: FBS CopyTrade dan FBS Trader, atau berkenalan dengan asas perdagangan melalui Buku Panduan Forex, pelajaran video, atau petua untuk pedagang. Nantikan!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini