Video Dan Gambar : Mengapa Dan Kenapa Berlaku BREXIT. - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Video Dan Gambar : Mengapa Dan Kenapa Berlaku BREXIT.





 





1.APA YANG SEDANG BERLAKU?


Satu referendum akan di adakan pada 23 June 2016 tidak lama lagi, untuk menentukan sama ada Britain patut keluar atau kekal di dalam European Union (EU).

2. APA ITU REFERENDUM?


Referendum adalah satu undian di mana setiap orang yang layak untuk mengundi boleh mengambil bahagian, dengan memberi jawapan “Ya” atau “Tidak” terhadap solan yang diberikan. Pihak yang meraih lebih daripada separuh undi akan menang.

3.MENGAPA REFERENDUM DIADAKAN?

Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, berjanji untuk mengadakan referendum ini sekiranya beliau memenangi pilihan raya umum pada tahun 2015, sebagai langkah memberi tindak balas terhadap panggilan Ahli Parlimen konservatifnya yang berpendapat bahawa UK tidak mempunyai ‘suara’ sejak tahun 1975, apabila negara itu bersetuju untuk menjadi anggota EU.

4.APA ITU EUROPEAN UNION (EU)?



European Union yang juga dikenali sebagai EU, adalah sebuah perjanjian perkongsian ekonomi dan politik yang melibatkan 28 negara Eropah. Ia ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk memupuk kerjasama ekonomi yang berkonsepkan idea “negara yang berdagang bersama tidak akan berperang sesama sendiri.”

5.APAKAH SOALAN YANG TERTERA DI DALAM REFERENDUM TERSEBUT?


“Patutkah United Kingdom terus kekal atau keluar daripada European Union?”

6.APAKAH MAKSUD BREXIT?

Ia adalah perkataaan singkatan daripada gabungan perkataan “Britain” dan “Exit” yang melambangkan bahawa United Kingdom hendak keluar daripada EU.

7.SIAPA YANG INGINKAN UK UNTUK MENINGGALKAN EU?


Menurut satu kaji selidik, 50% warga British bersetuju manakala 50% lagi tidak bersetuju untuk perkara ini berlaku. Pada pilihan raya Euro yang lepas, Parti Bebas UK telah menang apabila meraih sebanyak 4 juta undian, di mana 13% daripada undian tersebut telah bersetuju dan berkempen supaya British keluar daripada EU. Kira-kira setengah daripada ahli parlimen parti Konservatif, termasuk 5 orang menteri kabinet, dan beberapa orang ahli parlimen parti Buruh dan DUP bersetuju.

8.MENGAPA MEREKA INGINKAN UK UNTUK KELUAR DARIPADA EU?


Britain merasakan mereka seperti ‘disekat’ oleh EU kerana dikenakan pelbagai undang-undang perniagaan dan bayaran berbilion pound setahun untuk yuran keanggotaan dan pada masa yang sama, hanya menerima pulangan keuntungan yang sedikit. Mereka juga ingin mengambil kawalan penuh terhadap sempadan Britain dan mengurangkan bilangan orang yang datang ke sana untuk menetap dan/atau kerja.

9.SIAPA YANG INGINKAN UK UNTUK KEKAL DALAM EU?

Perdana Menteri, David Cameron dan 16 orang ahli kabinetnya inginkan Britain untuk kekal dalam EU. Parti Koservatif pula telah berikrar untuk menjadi ‘neutral’, tetapi Parti Buruh, SNP, Plaid Cymru dan Lib Dems juga ingin Britain untuk kekal dalam EU. Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman juga mempunyai hasrat yang sama. Seperti yang telah disebutkan tadi, jawapan “Ya” dan “Tidak” adalah sama rata.

10.MENGAPA MEREKA INGINKAN UK UNTUK KEKAL?

 
Mereka yang berkempen untuk Britain supaya kekal dalam EU mendapat pelbagai manfaat keanggotaan – sebagai contoh: ia memudahkan proses jual beli bersama negara EU lain dan aliran immigrant, yang kebanyakannya adalah golongan muda yang rajin bekerja, mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi.



 11.SEBELUM INI, PERNAHKAH MANA-MANA NEGARA LAIN KELUAR DARIPADA EU,ATAU UK AKAN MENJADI YANG PERTAMA?

Setakat ini, tidak ada satu pun negara di bawah EU pernah keluar darinya. UK akan menjadi negara yang pertama untuk berbuat demikian sekiranya ia berlaku.

12.SEKIRANYA BRITAIN TERUS KEKAL, ADAKAH MATA WANG POUND STERLING JUGA AKAN KEKAL BUAT SELAMANYA?

Ini bergantung kepada kerajaan untuk membuat keputusan, sama ada hendak kekalkan mata wang Pound Sterling ataupun tukar menggunakan matawang Euro. Setakat ini, perjanjian David Cameron bersama EU termasuk pengiktirafan bahawa UK tidak mempunyai rancangan untuk tukar ke mata wang Euro.

13.KESAN KELUARAN UK DARIPADA EU TERHADAP UK DAN MALAYSIA?

Malangnya, keluaran ini akan memberi kesan negatif terhadap UK dan juga beberapa syarikat gergasi Malaysia yang mempunyai aset di sana seperti Sime Darby Bhd, SP Setia Bhd, YTL Corp Bhd dan juga Genting Malaysia Berhad. UK berpotensi untuk mengalami kelembapan ekonomi dan juga kejatuhan matawangnya, Pound Sterling sekiranya mereka keluar daripada EU.
Syarikat-syarikat gergasi Malaysia tersebut terlibat dalam pembangunan hartanah (Sime Darby & SP Setia), aset terkawal (YTL Power) , dan juga operasi kasino (Genting Malaysia), dan keluaran UK sedikit sebanyak akan turut memberi kesan terhadap operasi syarikat-syarikat ini.

Syarikat-syarikat gergasi Malaysia tersebut terlibat dalam pembangunan hartanah (Sime Darby & SP Setia), aset terkawal (YTL Power) , dan juga operasi kasino (Genting Malaysia), dan keluaran UK sedikit sebanyak akan turut memberi kesan terhadap operasi syarikat-syarikat ini.

14. JIKA UK MEMUTUSKAN UNTUK KELUAR DARIPADA EU, BERAPA LAMA MASA YANG AKAN DIAMBIL?

15.SEKIRANYA UK KELUAR DARI EU, BOLEHKAH MEREKA MENYERTAI SEMULA DI MASA HADAPAN?

Jawapannya adalah YA. Tetapi, UK harus bermula daripada bawah tanpa sebarang rebat  dan harus berunding dengan EU untuk penyertaan. Namun, ia tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan persetujuan setiap anggota EU untuk membenarkan UK menyertai semula.



 





































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini