#ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Berita

XM

SEMINAR

Latest Updates

Harga minyak turun ketara didorong rundingan nuklear AS-Iran

15.5.25


TOKYO: Harga minyak global merosot hampir AS$1 pada awal dagangan hari ini berikutan jangkaan kemungkinan perjanjian nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dicapai.

Selain itu, terdapat laporan peningkatan mengejut inventori minyak mentah AS yang mencetuskan kebimbangan terhadap lebihan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 88 sen atau 1.3 peratus kepada AS$65.21 setong, manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun 92 sen atau 1.5 peratus kepada AS$62.23 setong.

Kedua-dua penanda aras itu juga mencatatkan penurunan sekitar 0.8 peratus semalam.

Iran bersedia untuk mencapai kata sepakat dengan AS sebagai pertukaran untuk menamatkan sekatan ekonomi, kata seorang pegawai negara itu kepada NBC News dalam satu temu bual yang diterbitkan kelmarin.

"Penjualan baharu dicetuskan oleh jangkaan bahawa rundingan nuklear AS-Iran akan melonggarkan sekatan AS terhadap Iran yang diperketatkan baru-baru ini, sekali gus berpotensi melegakan keseimbangan bekalan-permintaan minyak mentah global," kata ahli ekonomi Nomura Securities, Yuki Takashima.

Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud, turut menyatakan sokongan penuh negaranya terhadap rundingan nuklear antara AS dan Iran serta berharap rundingan itu menghasilkan keputusan yang positif.

Washington semalam mengumumkan sekatan yang menyasarkan usaha Iran untuk mengeluarkan komponen peluru berpandu balistik di dalam negara, kata Jabatan Perbendaharaan AS, susulan sekatan yang diumumkan pada Selasa lalu ke atas kira-kira 20 syarikat dalam rangkaian yang dikatakan menghantar minyak Iran ke China sejak sekian lama.

Langkah sekatan ini dibuat selepas rundingan keempat antara AS dan Iran di Oman dalam usaha menyelesaikan pertikaian berkaitan program nuklear Iran.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) terus meningkatkan bekalan minyak, walaupun OPEC kelmarin menurunkan unjuran pertumbuhan bekalan minyak dari AS dan pengeluar lain di luar kumpulan OPEC+ untuk tahun ini.

Sementara itu, data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan bahawa stok minyak mentah AS meningkat sebanyak 3.5 juta tong kepada 441.8 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 9 Mei, berbanding jangkaan penurunan sebanyak 1.1 juta tong berdasarkan tinjauan Reuters.

Data daripada Institut Petroleum Amerika (API) yang dikeluarkan pada Selasa lalu juga menunjukkan peningkatan besar sebanyak 4.3 juta tong dalam stok minyak mentah minggu lalu.

🚨 Masa terbaik untuk berdagang sudah tiba!

15.5.25
XM



🚨 Masa terbaik untuk berdagang sudah tiba!

 

Pasaran sedang bergerak pantas, dan ini adalah peluang keemasan untuk anda mula menerokai pasaran dan potensi keuntungan. 💰

Dengan XM, nikmati spread yang kompetitif dan Akaun Ultra Low yang memberi anda lebih banyak ruang untuk berkembang. Kos lebih rendah, peluang untuk hasil yang lebih baik! 📈

🚀 Mula berdagang hari ini dan capai matlamat kewangan anda! Open a real trading account

 

 

Traders Fair Manila 2025: Meet the Leading Global Sponsors Shaping the Future of Trading

15.5.25

 


Traders Fair Manila 2025: Meet the Leading Global Sponsors Shaping the Future of Trading

Traders Fair Manila 2025, set for May 24 at Edsa Shangri-La, Manila, will bring together top global sponsors shaping the trading and investment landscape. This is a unique opportunity for local traders and investors to connect with industry leaders and discover the latest trends in the financial markets.

XS.com, a global multi-asset broker, offers a wide range of financial products, including shares, indices, metals, and commodities. Equiti connects traders to global financial markets with advanced tools, AI-powered analysis, and live news. IRONFX, with 1.5 million clients across 180 countries, is a leader in the online trading space, offering a comprehensive suite of products and services. InstaForex delivers a full range of services to forex and commodities traders globally.

GTC Global, a leader in financial derivatives, serves over 985,000 clients across more than 100 countries. Lirunex Limited, a multi-regulated brokerage, offers FX and CFD instruments with a strong commitment to high-quality service. Merlion Global is a licensed broker providing leveraged instruments for forex, stocks, and metals through modern, digital platforms. MH Markets offers multi-asset investment services and is recognized for its global reach and strong regulatory presence.

Macro Global Markets operates under top-tier licenses in Australia, Hong Kong, and Seychelles, delivering trusted trading solutions across various asset classes. Additionally, we are pleased to welcome VT Markets, a global broker offering forex and CFDs, Limits Markets, known for its advanced trading technology, Trading Pro, a prominent trading platform, RoboForex, a well-established broker in the forex space, Tradeview Markets, offering competitive spreads and execution, Doo Prime, which provides a comprehensive range of trading instruments, and CTrader, a platform recognized for its intuitive interface and advanced charting tools.

With such a diverse and expert group of sponsors, Traders Fair Manila presents a rare opportunity for traders to learn, network, and grow in the dynamic trading world.

For more details, visit www.tradersfair.com or email info@tradersfair.com.

Follow Us on Social Media:

🔹 Website: https://tradersfair.com/
🔹 Facebook: https://www.facebook.com/TradersFair
🔹 Instagram: https://www.instagram.com/tradersfair.asia
🔹 YouTube: https://www.youtube.com/user/finexpo



Terus Melangkah Ke Hadapan

15.5.25
XM


Nikmati harga yang lebih baik dan hasil yang lebih hebat ⏱⚡


Selama 15 tahun, pedagang XM telah merasai kelebihan syarat dagangan yang sukar ditandingi – jom sertai mereka ➡️ DI XM  Open a real trading account

Ringgit rendah berbanding dolar, peniaga terus pantau rundingan AS-China

15.5.25

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peniaga terus memantau perjanjian perdagangan antara AS dan China yang berpotensi berlaku dan risiko geopolitik, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.2880/3090 berbanding dolar AS daripada 4.2840/2910 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen positif mendorong Indeks Dolar AS (DXY) memperoleh beberapa asas manakala mata wang sedang pesat membangun semakin stabil.

"Sentimen pasaran agak positif dan stabil kerana ketegangan antara AS dan China kelihatan reda, membuka jalan kepada perjanjian perdagangan pada masa depan," katanya kepada Bernama.

"Justeru, kami menjangkakan dolar AS-ringgit kekal di sekitar paras semasa hari ini," katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9230/9377 daripada 2.9373/9425 ketika ditutup pada Rabu, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6867/7146 daripada 5.7191/7285 dan melonjak berbanding euro kepada 4.7931/8166 daripada 4.8204/8282 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2942/3110 daripada 3.3045/3104 semalam dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.8226/8989 daripada 12.8920/9208 sebelum itu.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.66/7.68 ketika ditutup pada Rabu dan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 258.8/260.3 daripada 258.6/259.2 sebelumnya.

Kuasai Pasaran Dengan Bonus Sepanjang Tahun

15.5.25
XM

 


Kami telah membayar lebih $4 bilion dalam bentuk bonus kepada pedagang untuk membantu mereka berjaya 💰📈

Selama 15 tahun, pedagang XM telah meningkatkan potensi keuntungan mereka dengan modal yang lebih besar dan dagangan yang lebih tinggi ➡️ Jom sertai mereka!   Open a real trading account


Ringgit mengukuh di tengah-tengah tindak balas kerajaan terhadap impak tarif balas AS

6.5.25


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir dagangan Isnin, di tengah-tengah tindak balas kerajaan terhadap impak tarif balas daripada AS, menurut penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.1990/2035 berbanding dolar AS, berbanding penutupan pada Jumaat lalu iaitu 4.2560/2600.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mesyuarat khas Parlimen hari ini menunjukkan bahawa kerajaan bersikap pragmatik dalam menangani kejutan tarif yang dilaksanakan oleh Presiden AS, Donald Trump.

"Sesi tersebut mencadangkan bahawa kerajaan mengakui bahawa kejutan tarif itu dijangka memberi impak besar kepada ekonomi, dan mereka bersedia mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan kesannya.

"Ia menunjukkan iltizam kerajaan untuk bersikap telus dalam komunikasi kepada rakyat. Jadi, pada tahap tertentu, ini dapat menyumbang kepada keyakinan terhadap ekonomi dan kerajaan kita, serta akhirnya kepada ringgit," katanya kepada Bernama.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata data 'non-farm payroll' yang lebih baik daripada jangkaan pada Jumaat lalu masih gagal mengembalikan kekuatan dolar AS, dengan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada sekitar paras 99 mata.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes pula berkata gabungan optimisme serantau dan perkembangan domestik telah menyokong prestasi positif ringgit.

Katanya, di peringkat serantau, harapan baharu terhadap penyelesaian tarif AS-China telah mencetuskan penilaian semula secara menyeluruh terhadap mata wang Asia, sekaligus memberi lonjakan ketara kepada ringgit.

"Kelemahan dolar secara menyeluruh dan peningkatan permintaan dalam negara terhadap aset dalam ringgit menjadikan keadaan sesuai untuk lonjakan.

"Pergerakan ringgit ini sebahagiannya dipacu oleh asas ekonomi, dan sebahagiannya oleh aliran pasaran. Jika naratif pengurangan ketegangan perdagangan terus mendapat sambutan, pengukuhan ini mungkin akan berlanjutan," katanya.

Pada penutupan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9192/9225 daripada 2.9437/9467 pada penutupan Jumaat, mengukuh berbanding euro kepada 4.7629/7680 daripada 4.8297/8342 sebelum ini, dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5868/5928 daripada 5.6639/6692.

Ringgit juga menunjukkan prestasi lebih baik berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2644/2682 berbanding 3.2862/2898 pada Jumaat, dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7497/7747 daripada 12.8697/8903.

Nota tempatan itu turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.53/7.54 daripada 7.65/7.67 pada Jumaat, dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 255.1/255.5 daripada 258.8/259.3.

Ringgit lonjak tinggi hari kedua, lepasi paras 4.20 berbanding dolar AS

6.5.25

KUALA LUMPUR: Mata wang tempatan mempamerkan prestasi amat cemerlang apabila mencatat lonjakan ketara melebihi 1.0 peratus dua hari berturut-turut sejak Jumaat untuk berada pada paras 4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Setakat tengahari, ringgit berada pada paras 4.1970 berbanding dolar AS. meningkat 1.43 peratus daripada penutup Jumaat Prestasi menggalakkan itu menyaksikan mata wang tempatan telah mengukuh lebih 6.0 peratus sejak awal tahun dan 2.71 peratus sejak 1 Mei lalu berbanding dolar AS.

Kekuatan ringgit turut ketara berbanding mata wang utama dan serantau lain. Setakat tengahari, ringgit mengukuh 1.18 peratus berbanding dolar Singapura; 1.55 peratus berbanding pound British; 1.40 peratus berbanding euro; 1.17 peratus berbanding baht Thailand; 1.42 peratus berbanding rupiah Indonesia; 1.51 peratus berbanding yuan China; 1.29 peratus berbanding yen Jepun; 0.36 peratus berbanding won Korea; 1.97 peratus berbanding dong Vietnam dan 1.31 peratus berbanding peso Filipina.

Walaupun prestasi itu memberi petunjuk positif, persoalan utama kini ialah sejauh mana dan untuk berapa lama momentum ini dapat dikekalkan, khususnya dalam konteks dinamik ekonomi global dan domestik yang tidak menentu serta kesannya terhadap ekonomi negara termasuk harga barangan, inflasi dan kuasa beli pengguna.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, berkata lonjakan ringgit dipacu permintaan tinggi pelabur asing, terutama institusi, terhadap aset tempatan.

"Apabila pelabur asing membeli saham di Bursa Malaysia, mereka perlu menukar mata wang kepada ringgit, sekaligus meningkatkan permintaan terhadap mata wang tempatan. Terdapat hubungan positif antara pembelian aset Malaysia oleh pelabur asing dan pengukuhan ringgit," katanya kepada BH.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan kenaikan ini mungkin bersifat sementara kerana apabila ringgit mencapai paras keseimbangan, momentum kenaikan dijangka berkurangan.

Katanya, data minggu lalu menunjukkan pelabur asing menjadi pembeli bersih sepanjang minggu, satu petunjuk bahawa keyakinan terhadap pasaran tempatan semakin pulih.

"Namun, persoalan utama ialah: sampai bila trend ini akan berterusan? Jawapannya tidak mudah kerana ia bergantung kepada gabungan pelbagai faktor ekonomi dalaman dan luaran.

"Sekiranya Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat, ringgit berpotensi menjadi lebih menarik dalam kalangan pelabur," katanya.

Mengulas kesan langsung terhadap ekonomi domestik, Mohd Sedek berkata pengukuhan ringgit memberi impak positif seperti kos import yang lebih rendah, perbelanjaan perjalanan dan pendidikan ke luar negara menjadi lebih murah serta berpotensi mengurangkan tekanan subsidi bahan api.

Namun begitu, beliau turut mengingatkan bahawa ringgit yang lebih kukuh boleh memberi kesan negatif kepada sektor eksport negara.

"Barangan eksport akan menjadi lebih mahal di pasaran antarabangsa dan mengurangkan daya saing, sekali gus memperlahankan pertumbuhan eksport.

"Namun, bagi pasaran modal, aliran masuk dana asing ke dalam pasaran ekuiti dan bon dijangka meningkat. Kerajaan juga boleh menikmati manfaat fiskal seperti kos perkhidmatan hutang yang lebih rendah dan pengurangan beban subsidi," katanya.

Namun begitu, beliau menegaskan perlunya keseimbangan untuk mengekalkan daya saing sektor eksport negara.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, turut berpandangan bahawa pengukuhan ringgit berbanding dolar AS boleh menjejaskan sektor eksport apabila nilai tukaran kembali ke ringgit.

Namun katanya, dari sudut import, ringgit yang kukuh dapat meningkatkan kuasa beli rakyat untuk mendapatkan barangan dari luar negara dengan harga lebih murah.

Mengulas punca kejatuhan dolar AS, beliau berkata ia banyak dipengaruhi oleh dasar tarif timbal balik yang dilihat boleh menjejaskan ekonomi negara itu.

"Fenomena nyahdolar atau 'dedollarisation' sudah pun mula berlaku dan dijangka berterusan pada masa akan datang. Ia menuntut penilaian semula terhadap status dolar AS sebagai mata wang 'safe haven', terutama dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya.

Harga emas pukal terus naik, RM458.65 segram

16.4.25


BENGALURU: Harga emas meningkat pada Selasa apabila pelabur beralih kepada aset selamat berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai rancangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang dikhuatiri akan mencetuskan ketegangan perdagangan dan melambatkan pertumbuhan ekonomi global.

Setakat jam 8.15 pagi GMT, harga emas spot naik sebanyak 0.7 peratus kepada AS$3,230.48 seauns, selepas mencatat paras tertinggi sepanjang masa AS$3,245.42 atau RM458.65 segram pada Isnin. Niaga hadapan emas AS pula meningkat 0.6 peratus kepada AS$3,245.70.

Penganalisis UBS, Giovanni Staunovo berkata, "Persekitaran semasa kekal menyokong kenaikan harga emas, namun laluannya tidak akan lurus – akan wujud kejatuhan sementara dari semasa ke semasa."

Dokumen yang difailkan di Federal Register pada Isnin menunjukkan pentadbiran AS sedang mempercepatkan siasatan ke atas import farmaseutikal dan semikonduktor sebagai langkah ke arah pengenaan tarif baharu. Trump pada Ahad menyatakan bahawa kadar tarif bagi semikonduktor import akan diumumkan dalam masa seminggu.

Sebagai lindung nilai terhadap ketidakstabilan global, harga emas terus melonjak sejak tahun lalu, dengan kenaikan melebihi 23 peratus setakat 2025 dan mencatatkan beberapa rekod baharu.

Presiden Rizab Persekutuan Atlanta, Raphael Bostic berkata pada Isnin bahawa ekonomi AS kini dalam fasa "jeda besar" akibat ketidaktentuan dasar tarif dan lain-lain dasar pentadbiran Trump. Beliau menggesa bank pusat untuk mengekalkan pendirian semasa sehingga terdapat kejelasan lanjut.

Pasaran kini menjangkakan pemotongan kadar faedah sebanyak 83 mata asas oleh Rizab Persekutuan tahun ini. Emas, yang tidak menawarkan pulangan faedah, biasanya mendapat manfaat dalam persekitaran kadar faedah yang rendah.

Sementara itu, pelaburan dalam dana dagangan bursa (ETF) emas fizikal di China bagi bulan ini telah mengatasi jumlah keseluruhan bagi suku pertama dan melebihi aliran masuk yang dicatatkan oleh dana tersenarai di AS, menurut data Majlis Emas Dunia.

"Inflasi tinggi, pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta ketidaktentuan politik dijangka terus menyokong permintaan emas daripada pelabur dan bank pusat. Kuota import emas baharu di China juga dijangka memberi rangsangan," tambah Staunovo.

Bagi logam berharga lain, harga perak kekal stabil pada AS$32.36 seauns, platinum naik 0.6 peratus kepada AS$957.10, manakala paladium susut 0.4 peratus kepada AS$952.23.

Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS

16.4.25


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, didorong oleh peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY) kepada 100.215 mata selepas beberapa hari berada di bawah paras 100 mata.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata prestasi ringgit ketika ini mencerminkan sentimen pasaran yang berhati-hati susulan ketidaktentuan berterusan terhadap dasar tarif AS.

Setakat jam 8 pagi, ringgit berada pada paras 4.4100/4200 berbanding dolar AS, hampir tidak berubah berbanding penutupan semalam pada 4.4100/4155.

"Pasaran masih keliru dengan hala tuju dasar tarif AS memandangkan tiada petunjuk jelas sama ada China akan tunduk kepada tekanan AS untuk memulakan rundingan perdagangan.

"Prestasi negatif niaga hadapan pasaran saham AS juga memberi bayangan bahawa unjuran pendapatan korporat mungkin lebih lemah akibat kesan tarif ke atas China," katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam julat antara 4.41 hingga 4.42 hari ini berikutan pengukuhan dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.9815/9928 daripada 4.9996/5.0059 pada penutupan semalam, dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0818/0890 daripada 3.0852/0895.

Ringgit turut menguat berbanding pound Britain kepada 5.8353/8485 berbanding 5.8366/8439 semalam.

Namun begitu, prestasi ringgit berbanding mata wang serantau adalah bercampur-campur.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3455/3536 daripada 3.3498/3545, tetapi susut berbanding baht Thailand kepada 13.1815/2201 daripada 13.1461/1708.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 262.0/262.7 berbanding 262.0/262.5 sebelum ini, dan sedikit lemah berbanding peso Filipina pada 7.76/7.79 daripada 7.76/7.78.

Emas sentiasa bergerak—adakah anda mengikutinya? 📈

11.4.25
XM

 


Emas sentiasa bergerak—adakah anda mengikutinya? 📈


Jom berdagang Emas dengan spread kompetitif dan leveraj hingga 1000:1, tanpa sebarang caj tersembunyi. 


Kekal selangkah di hadapan dan rebut peluang dalam pasaran! 🔥


➡️ Mula sekarang.  Open a real trading account


Harga emas melambung ke paras tertinggi baharu dalam sejarah, RM455.62 segram

11.4.25

BENGALURU: Harga emas melonjak hampir tiga peratus ke paras tertinggi sepanjang masa pada Khamis berikutan penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan perang dagangan antara AS dan China yang semakin memuncak, sekali gus mendorong pelabur beralih kepada aset selamat.

Emas spot meningkat 2.6 peratus kepada AS$3,160.82 seauns atau RM454.09 segram pada 1.54 tengah hari waktu Timur AS (1754 GMT), selepas mencapai paras tertinggi baharu AS$3,171.49 atau RM455.62 segram dalam dagangan awal. Niaga hadapan emas AS pula ditutup 3.2 peratus lebih tinggi pada AS$3,177.50.

Kenaikan itu dipacu oleh langkah Presiden AS, Donald Trump yang mengumumkan peningkatan tarif import ke atas barangan dari China kepada 125 peratus, berbanding 104 peratus sebelum ini. Pada masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa tarif terhadap puluhan negara lain akan ditangguhkan buat sementara waktu.

"Emas kembali menyerlah sebagai aset selamat dan kini berada pada landasan untuk mencatat paras tertinggi yang baharu," kata Penganalisis Kanan Pasaran di Tradu.com, Nikos Tzabouras.

Bagaimanapun, katanya, sebarang potensi perjanjian perdagangan antara AS dan rakan dagang lain boleh memberi tekanan kepada harga emas. Selain itu, jangkaan terhadap pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang semakin suram juga boleh mengukuhkan dolar, sekali gus menjejaskan prestasi logam berharga itu.

Indeks dolar AS susut lebih satu peratus berbanding sekumpulan mata wang utama lain, menjadikan emas lebih murah untuk pelabur yang menggunakan mata wang asing.

Data dikeluarkan pada Khamis menunjukkan harga pengguna AS secara tidak dijangka menurun pada Mac. Namun, risiko inflasi kekal tinggi susulan peningkatan tarif terhadap China yang diumumkan oleh Trump.

Susulan data itu, peniaga kini menjangkakan Fed akan mula menurunkan kadar faedah seawal Jun, dengan pengurangan keseluruhan sebanyak satu mata peratusan menjelang akhir tahun.

"Kami melihat bank pusat terus membeli emas. Selagi aliran masuk ke dalam dana dagangan bursa (ETF) berterusan dan ketidaktentuan dasar monetari masih tinggi, terdapat banyak pemangkin yang akan terus menyokong kenaikan harga emas," kata Ketua Pegawai Operasi Allegiance Gold, Alex Ebkarian.

Sementara itu, harga perak spot susut 0.5 peratus kepada AS$30.88 seauns, platinum turun 0.5 peratus kepada AS$932.41 dan paladium merosot 1.4 peratus kepada AS$918.45.

Ringgit melonjak berbanding dolar selepas Trump tangguh tarif 90 hari

11.4.25


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati selepas Washington mengumumkan penangguhan tarif balas selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.

Pada 8.14 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4275/4425 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4730 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata selepas penangguhan selama 90 hari, pasaran kewangan menjadi tidak menentu, dengan ekuiti AS mencatatkan penurunan mendadak, hasil Perbendaharaan AS untuk 10 tahun meningkat manakala Indeks Dolar AS (DXY) merosot dengan ketara.

"Apa yang jelas ialah peniaga dan pelabur sedang menilai semula bagaimana tarif tersebut akan memberi impak kepada ekonomi, dengan pertumbuhan dan inflasi terjejas secara serentak.

"Stagflasi dilihat sebagai kemungkinan yang boleh wujud daripada perang perdagangan dan ini akan menyukarkan tugas Rizab Persekutuan untuk melaksanakan mandatnya, mencapai guna tenaga maksimum dan harga yang stabil," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, inflasi AS pada Mac sederhana kepada 2.4 peratus daripada 2.8 peratus sebelum ini tetapi pelabur ragu-ragu berikutan tarif balas pada April boleh mengubah keadaan.

"Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil, mengambil petunjuk daripada penurunan DXY dan ketidaktentuan pasaran yang meningkat disebabkan tarif," katanya.

Ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0879/0988 daripada 3.0594/0639, susut berbanding euro kepada 4.9854/0023 daripada 4.9401/9467, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.7540/7735 daripada 5.7566/7644 semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3330/3450 daripada 3.3361/3411, tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.75 daripada 7.79/7.81 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 263.1/264.1 daripada 265.5/265.9 semalam.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0910/1439 daripada 13.0618/0866.

Ringgit akhiri penurunan tiga hari berturut-turut berbanding dolar AS

11.4.25

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menamatkan tiga hari penurunan berturut-turut susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump mengenai penangguhan tarif timbal balas selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.4670/4730 berbanding dolar AS, mencatatkan kenaikan sebanyak 0.58 peratus daripada 4.4935/4990 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penangguhan tersebut meningkatkan sentimen pasaran dan membuka jalan bagi negara-negara untuk berunding dengan kerajaan AS dan mungkin mencapai hasil yang lebih baik.

"Hal itu menyumbang kepada pemulihan dalam aset berisiko di pasaran saham dan mata wang," katanya kepada Bernama.

Dilaporkan sepanjang tempoh penangguhan 90 hari berkenaan, tarif akan kembali kepada kadar asas sebanyak 10 peratus walaupun rundingan dengan AS terus berlangsung.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama hari ini.

Ringgit melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.0594/0639 daripada 3.0921/0964, menokok berbanding euro kepada 4.9401/9467 daripada 4.9640/9700 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7566/7644 daripada 5.7629/7700 semalam.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit berkembang sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 265.5/265.9 daripada 266.3/266.7 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.79/7.81 daripada 7.83/7.85.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0618/0866 daripada 12.9915/13.0153 dan lebih lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3361/3411 daripada 3.3349/3395 sebelumnya.



Meet the Industry Leaders: Traders Fair Manila 2025 Brings Expert Speakers to the Stage

10.4.25


Meet the Industry Leaders: Traders Fair Manila 2025 Brings Expert Speakers to the Stage

The Traders Fair Manila 2025 is set to take place on May 24, 2025, at Edsa Shangri-La, Manila. This premier event will gather traders, investors, and financial experts for a day of learning, networking, and discovering new opportunities in the world of trading and investment.

Among the expert speakers are Larry Collin, Founder and CEO of Forex Trading Philippines, a Certified Technical Analyst® with over a decade of experience in both local and global forex markets. Jonathan Lou Reyes, Founder of PAFTI and a seasoned trader with more than 10 years of experience, will also share his knowledge on forex strategies. Emmanuel Deiparine, known as "The Cryptocurrency Trader," brings years of expertise in the cryptocurrency space, focusing on risk management and trading strategies.

John Reinel Penetrante, Founder and CEO of Wise Investors Ph, combines technical and fundamental analysis to guide traders in the Philippine Stock Exchange (PSE), US markets, and forex. Fermin Barrenechea, Co-Founder of Museigen Training Academy, brings over 18 years of experience in corporate finance and investment banking. Lloyd Bazar, a leader in fund management and trading education at Izanagi, will discuss the growing field of copytrading and automated trading strategies.

Other notable speakers include John F. Dong, co-founder of Hybreed Philippines, who will focus on cryptocurrency trading, and Vince Edralin, COO of Bitskwela, who is passionate about promoting financial literacy. Additionally, John James C. Genove, a Registered Blockchain Educator, and Michael Angelo Geron (Crit G), founder of Gainers Ground, will provide insights on blockchain technology and crypto trading. Jem Francisco, a financial consultant with over 20 years of experience, and Cai Angeni Reyes, founder of Wag Forex, round out the list of speakers who will offer a range of valuable perspectives on both traditional and digital financial markets.

Be Part of Traders Fair Manila 2025

Whether you’re looking to expand your trading skills, connect with professionals, or explore new financial tools, this event has something for you. Don’t miss out on the opportunity to learn, engage, and grow with some of the best minds in the industry.

For more details, visit www.tradersfair.com or contact us at info@tradersfair.com.

Follow Us on Social Media:

🔹 Website: https://tradersfair.com/
🔹 Facebook: https://www.facebook.com/TradersFair
🔹 Instagram: https://www.instagram.com/tradersfair.asia
🔹 YouTube: https://www.youtube.com/user/finexpo



🌙 RAYA LEBIH MERIAH, GANJARAN BERGANDA! 🎉

10.4.25
XM

 


🌙 RAYA LEBIH MERIAH, GANJARAN BERGANDA! 🎉


Raya kini lebih bermakna dengan 100% Bonus untuk deposit SETERUSNYA! 🌛✨

✅Deposit & nikmati bonus sehingga $500!

Jangan lepaskan peluang ini, sah dari 2 - 16 April sahaja!

Tuntut Bonus Anda Sekarang! ⬇️

Hari Raya - Everybody Wins Promo, April 2025

Ringgit terus susut berbanding dolar AS susulan kebimbangan tarif AS

9.4.25


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi kebimbangan berterusan pasaran terhadap dasar tarif yang diterajui Presiden AS, Donald Trump.

Pada jam 6 petang, ringgit ditutup pada paras 4.4885/4930 berbanding dolar AS, susut berbanding 4.4775/4840 yang dicatatkan ketika penutupan dagangan semalam.

Namun begitu, mata wang tempatan itu mencatatkan pengukuhan berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau yang lain.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit sempat mencecah paras RM4.5000 berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal pagi sebelum kembali meningkat sedikit sepanjang hari.

"Trump kelihatan terus berpegang pada pendirian dasarnya serta kekal dengan pendekatan konfrontasi terhadap negara-negara yang bertindak balas terhadap tarif dikenakan AS.

"Keadaan ini menunjukkan kemungkinan berlakunya tempoh gangguan perdagangan yang berpanjangan. Buat masa ini, masih belum jelas sejauh mana pentadbiran Trump bersedia untuk berunding dengan negara lain," katanya kepada *Bernama*.

Tambah beliau, ketidaktentuan ini menambah tekanan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi global dan dijangka menyebabkan pasaran tukaran asing kekal tidak menentu dalam jangka pendek.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0501/0533 daripada 3.0655/0704 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding euro kepada 4.9005/9055 daripada 4.9100/9172 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7210/7268 daripada 5.7491/7575.

Ringgit turut mencatat prestasi lebih baik berbanding mata wang ASEAN lain apabila meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8898/9094 daripada 12.9128/9408 dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 265.7/266.1 daripada 266.1/266.6.

Ia juga mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3224/3259 berbanding 3.3228/3281, namun sedikit susut berbanding peso Filipina kepada 7.83/7.84 daripada 7.79/7.81 semalam.

Ringgit dibuka tak berubah berbanding dolar AS hari ini

25.3.25

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana isyarat bercampur daripada Presiden AS, Donald Trump yang mencadangkan bahawa negara tertentu mungkin menerima pengecualian tarif apabila tarif timbal balik berkuat kuasa pada 2 April depan, meningkatkan minat untuk aset berisiko.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4325/4485 berbanding dolar AS daripada 4.4325/4370 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata petunjuk terbaharu itu memberi gambaran bahawa langkah tarif akan lebih bersasar, justeru kesan terhadap ekonomi global dilihat terkawal.

"Aset berisiko seperti ekuiti meningkat semula dengan S&P 500 melonjak lebih satu peratus manakala Perbendaharaan AS dua dan 10 tahun masing-masing menghasilkan sembilan mata asas lebih tinggi, masing-masing kepada 4.03 peratus dan 4.33 peratus," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan unjuran inflasi bagi 2025 masing-masing pada 4.5 peratus hingga 5.5 peratus dan 2.0 peratus hingga 3.5 peratus, menunjukkan penilaian ekonomi adalah konsisten walaupun terdapat prospek mencabar dari luar negara.

"Sehubungan itu, ringgit dijangka naik hari ini berikutan sentimen risiko yang bertambah baik," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7880/8053 daripada 4.8039/8088 ketika ditutup semalam, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.7277/7484 daripada 5.7441/7499 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9395/9505 daripada 2.9631/9663.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3103/3225 daripada 3.3148/3184 sebelum itu, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 267.5/268.6 daripada 267.5/267.9 dan menambah berbanding baht Thailand kepada 13.0433/0988 daripada 13.0849/1043.

Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.73/7.76 berbanding 7.73/7.74 sebelumnya.

Industry Experts to Share Insights at Traders Fair 2025 in Lagos

24.3.25

 


Industry Experts to Share Insights at Traders Fair 2025 in Lagos

The Traders Fair 2025 is set to bring some of the most experienced voices in trading and finance to The Lagos Continental Hotel on April 5, 2025. Attendees will have the opportunity to learn from industry leaders who will share practical knowledge on forex, automated trading, and the latest financial trends.

Among the speakers is Joel Williams Ekon, a financial educator and business strategist known for helping traders grow through client acquisition and algorithmic trading. He will present "Algo-Based Risk Management – How Automated Systems Can Limit Emotional Mistakes," offering insights on how technology can reduce human error in trading.

Chinedu, the CEO of Nigeria Forex Academy, has years of experience in forex education and is committed to helping aspiring traders develop the skills needed to succeed in the financial markets. Micah Erumaka, a marketing engineer and finance enthusiast, began his investing journey at 17.

Onunka Christian, a veteran trader and founder of Cor-Financial Academy, will discuss "Trading for a Living Forex Entrepreneurship Pathways," where he will outline how to build a sustainable career in forex trading. Rafiu Omodiya, Africa Country Director at AETOS Capital Group, will deliver a session on "Empowering Your Financial Future: Innovative Solutions for Every Investor," focusing on how to navigate the forex and CFD markets while exploring new investment opportunities.

Ademola Adeagbo, a market analyst and prop trader, will present "The Impact of Microeconomics in Trading," highlighting how small-scale economic factors influence financial markets and trading strategies.

Akabuike Bright, Country Manager at LIRUNEX Nigeria, will speak on "Algorithmic Trading in Forex: The Future of Automated Strategies," providing an in-depth look at how technology is shaping modern trading approaches. Njamba Peter, founder and CEO of Forex Elite Academy, is a financial market analyst and youth advocate who has mentored over 1,000 individuals, empowering them to achieve financial independence through forex trading.

Felix Imoh, Public Relations Manager at Legit.ng, brings a wealth of experience in digital marketing, public relations, and finance, specialising in building brand visibility across Africa’s fintech and trading sectors.

Alongside expert-led sessions, attendees can also participate in lucky draws, prizes, and exclusive giveaways, making the day both informative and rewarding. Registration is now open for traders, investors, and anyone interested in expanding their knowledge of the financial markets.

For more information, visit our website or contact us at info@tradersfair.com

Follow TRADERS FAIR on Social Media:

      Website: https://tradersfair.com/

      Facebook: https://www.facebook.com/TradersFair

      Instagram: https://www.instagram.com/tradersfair.asia

      YouTube: https://www.youtube.com/user/finexpo

 


Harga emas terus melonjak melebihi AS$3,000 satu aun

24.3.25


KUALA LUMPUR: Harga emas terus mencatat kenaikan ketara, melepasi paras AS$3,000 bagi setiap auns troy berikutan permintaan tinggi sebagai aset lindung nilai terhadap ketidaktentuan ekonomi global.

Pada 30 Oktober 2024, harga emas mencecah paras tertinggi AS$2,787.61 setiap auns troy sebelum ditutup pada AS$2,693.23 setiap auns troy pada Januari 2025. Kini, setakat 20 Mac 2025, harga emas telah meningkat kepada AS$3,036.74 setiap auns troy, menurut data goldprice.org. Persoalannya, sejauh mana harga emas akan terus melonjak?

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ketidaktentuan global menjadi faktor utama yang menyokong kenaikan harga emas.

"Apabila kebimbangan melanda ekonomi global, permintaan terhadap emas meningkat. Selain menjadi aset pelaburan, emas juga berfungsi sebagai lindung nilai terhadap inflasi, penyusutan mata wang dan ketidakstabilan geopolitik," katanya kepada Bernama.

"Peningkatan pesat ini – berkembang pada kadar tahunan 20.2 peratus – telah mendorong harga emas lebih tinggi.

"Berdasarkan trend ini, harga emas dijangka kekal kukuh dalam jangka panjang. Namun, seperti mana-mana kelas aset, ia tetap tertakluk kepada turun naik harga bergantung kepada perubahan sentimen pasaran dan tahap risiko yang sanggup diambil pelabur," katanya.

Dalam pada itu, Indeks Ketidaktentuan Dasar Ekonomi Global melonjak kepada 339.36 mata pada November 2024, mencerminkan kebimbangan terhadap dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), ketegangan perdagangan serta ketidakstabilan politik di bawah pentadbiran Donald Trump bagi penggal kedua.

"Lazimnya, harga emas akan meningkat apabila ketidaktentuan ekonomi bertambah," katanya.

Komoditi Lain: Pergerakan Ketara tetapi Ketinggalan Berbanding Emas

Selain emas, beberapa komoditi lain turut menunjukkan pergerakan harga yang ketara.

Sebagai contoh, harga koko melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 50 tahun pada 2024, mencecah US$12,906 satu tan pada Disember 2024 berikutan cuaca buruk dan kekurangan pelaburan di kawasan pengeluaran utama, menyebabkan penurunan hasil dan kekangan bekalan. Setakat 20 Mac 2025, harga koko berada pada AS$7,746.3 satu tan, menurut tradingeconomics.com.

Harga minyak mentah Brent pula naik 0.2 peratus kepada AS$71.78 setong pada 20 Mac 2025, dipengaruhi oleh ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah serta langkah rangsangan ekonomi oleh China.

Di samping itu, harga kopi turut mengalami turun naik ketara, dengan harga biji kopi Arabica melonjak hampir AS$3.50 satu paun pada Disember 2024 – paras tertinggi sejak 1977, mencatat kenaikan mengejutkan sebanyak 83 peratus sepanjang tahun itu.

Dalam sektor minyak sawit, selepas mencapai paras tertinggi RM7,268 satu tan pada Mac 2022, harga minyak sawit mengalami penurunan sebanyak RM246 satu tan atau 5.54 peratus sejak awal 2025 akibat pelarasan penawaran dan permintaan global serta perubahan dasar perdagangan.

Namun, tiada komoditi yang mencatatkan lonjakan harga setara dengan emas.


Impak Kenaikan Harga Emas terhadap Malaysia

Bagi Malaysia, kenaikan harga emas memberi kesan yang berbeza kepada pelbagai pihak.

Dari segi positif, populariti pelaburan emas semakin meningkat, mendorong lebih ramai rakyat Malaysia mempelbagaikan portfolio kewangan mereka.

"Namun, harga emas yang tinggi menjadikannya kurang mampu milik bagi kebanyakan pengguna. Ini boleh mendorong peralihan kepada pelaburan alternatif atau pilihan barang kemas yang lebih murah," kata Mohd Afzanizam.

Menurutnya, peniaga emas kini bersaing dalam persekitaran harga yang tidak menentu. Misalnya, Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah menjadi pusat utama pembelian emas dengan harga kompetitif yang menarik pembeli dari seluruh negara.

Sementara itu, pelabur emas berdepan dilema sama ada untuk menjual sekarang atau menunggu harga yang lebih tinggi.

"Ia bergantung kepada matlamat kewangan masing-masing. Jika tujuan pelaburan adalah untuk persaraan, menyimpan emas mungkin lebih menguntungkan. Namun, bagi mereka yang terlibat dalam jual beli emas, faktor masa sangat penting," katanya.


Industri Barang Kemas Malaysia Berdepan Cabaran

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Wira Louis Ng, berkata kenaikan harga emas memberi kesan bercampur kepada industri barang kemas tempatan.

"Di peringkat domestik, pengguna lebih berhati-hati dalam membeli barang kemas, terutamanya ketika musim perkahwinan akibat kos yang tinggi.

"Namun, sektor eksport mendapat manfaat ketara, dengan nilai eksport barang kemas emas dianggarkan mencecah RM7.7 bilion pada 2024, dipacu permintaan kukuh dari Singapura, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Jepun dan Australia," katanya kepada Bernama.

Ng berkata peniaga barang kemas tempatan menyesuaikan strategi harga mereka dengan menawarkan reka bentuk ringan yang menggunakan emas lebih sedikit bagi memastikan harga lebih mampu milik.

"Ramai peniaga juga menggabungkan bahan alternatif seperti berlian buatan makmal yang menawarkan kualiti tinggi pada kos lebih rendah.

"Terdapat juga peningkatan trend dalam reka bentuk minimalis serta penggunaan bahan seperti perak sterling dan saduran emas bagi memenuhi permintaan pengguna yang mementingkan harga," katanya.

Menurutnya, lonjakan harga emas turut meningkatkan permintaan terhadap jongkong emas bersaiz kecil seperti 0.25 gram, 0.5 gram dan 1 gram bagi memenuhi keperluan pelabur kali pertama atau mereka yang mencari alternatif lebih berpatutan.

Prospek: Mungkinkah Emas Mencecah AS$5,000?

Sesetengah spekulator meramalkan harga emas boleh melonjak sehingga AS$5,000 setiap auns troy pada akhir tahun, namun Mohd Afzanizam berpendapat sasaran tersebut mungkin mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk direalisasikan.

"Sasaran yang lebih realistik adalah antara AS$3,000 hingga AS$3,500 setiap auns troy dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Secara jujurnya, sukar untuk meramalkan pergerakan harga emas kerana ia sering mencatat rekod tertinggi baharu," katanya.

Sementara itu, Ng berkata industri barang kemas Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dengan memberi tumpuan kepada inovasi dan kepelbagaian produk.

"Pemain industri kini menggabungkan bahan alternatif dan meneroka pasaran baharu untuk terus berdaya saing dalam landskap harga emas yang semakin meningkat," katanya.

Sedia untuk mengaplikasikan ilmu anda? 🚀

24.3.25
XM


Sedia untuk mengaplikasikan ilmu anda? 🚀


e-Pendidikan percuma kami yang dikendali oleh instruktor berpengalaman direka untuk membantu anda berdagang dengan lebih bijak. 


Jom bermula hari ini!  XM Members area


Jangan lepaskan peluang untuk 👉 belajar daripada yang terbaik! 


Ringgit tinggi berbanding dolar, Malaysia dijangka negara paling kurang terjejas tarif AS

24.3.25

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi hari ini berikutan jangkaan Malaysia akan menjadi antara negara yang paling kurang terjejas oleh pelaksanaan tarif timbal balas kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada 2 April berdasarkan negara dilihat mempunyai antara kadar tarif terendah.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4155/4230 berbanding dolar AS daripada 4.4180/4220 pada Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit diniagakan tinggi pada sesi pagi ini berikutan peserta pasaran menunggu pelaksanaan tarif oleh kerajaan AS.

"Peserta pasaran akan meneliti butiran mengenai tarif timbal balas itu dan bagaimana ia akan memberi impak kepada ekonomi setiap negara.

"Terdapat kebimbangan bahawa tarif mungkin menyebabkan pertumbuhan perlahan, memerlukan respons dasar yang cepat daripada bank-bank pusat global sebagai langkah pertahanan pertama untuk mengekalkan pertumbuhan.

"Pemikiran sedemikian akan menjana sentimen defensif dalam kalangan peniaga dan pelabur, meningkatkan permintaan terhadap mata wang selamat (AS)," katanya kepada Bernama hari ini.

Merujuk data daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Afzanizam berkata negara-negara seperti India, Bangladesh dan Korea Selatan, masing-masing mempunyai purata kadar tarif sebanyak 17.1 peratus, 14.1 peratus dan 13.4 peratus berbanding Malaysia sebanyak 5.6 peratus.

"Sehubungan itu, Malaysia boleh menjadi antara negara yang paling kurang terjejas," katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding pound kepada 5.7062/7158 daripada 5.7151/7203 pada Jumaat lalu.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9500/9552 daripada 2.9574/9602 dan hampir mendatar berbanding euro kepada 4.7842/7923 daripada 4.7843/7886.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3075/3134 daripada 3.3081/3114 sebelum ini, hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.72 daripada 7.70/7.71, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 267.5/268.1 daripada 267.7/268.0 dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 13.0235/0545 daripada 13.0436/0608 sebelum ini.

🔄 100% BONUS DEPOSIT KINI BOLEH DITUNTUT SEMULA! 🔥

20.3.25
XM

 


🔄 100% BONUS DEPOSIT KINI BOLEH DITUNTUT SEMULA! 🔥


Dah claim sebelum ni? Sekarang anda boleh claim LAGI! 🚀

💰 Gandakan deposit anda hingga $500 sekali lagi!

⚡ Lebih modal, lebih peluang untuk berdagang dengan yakin!

Jangan lepaskan peluang ⬇️ 'RESET' bonus anda hari ini!  


Ringgit tinggi berbanding dolar AS pagi ini

20.3.25


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS cenderung kepada penurunan kadar faedah susulan inflasi.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4200/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4330/4400 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata FOMC memutuskan kadar faedah dikekalkan dan memperlahan kadar pengurangan lembaran imbangannya daripada AS$25 bilion kepada AS$5 bilion.

Beliau berkata, perkara itu menandakan kecenderungan Rizab Persekutuan AS (Fed) kepada kadar faedah rendah.

"Semasa sidang media, Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan inflasi yang didorong tarif mungkin bersifat sementara. Beliau juga mengakui peningkatan risiko kemelesetan namun menegaskan risiko itu tidak berada pada tahap yang membimbangkan.

"Unjuran suku tahunan yang disertakan menunjukkan Kadar Dana Fed masih berada pada landasan untuk dua pengurangan suku mata tahun ini, dengan pengurangan tambahan dijangka pada 2026 dan 2027," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, dalam keadaan itu, pasaran ekuiti telah meningkat secara berterusan manakala hasil Perbendaharaan AS menurun.

"Ini sepatutnya menjadi faktor positif bagi ringgit, kerana Fed telah menunjukkan keyakinannya bahawa ekonomi AS mampu bertahan dalam ketidakpastian yang tinggi ekoran langkah dasar yang tidak menentu oleh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

"Ini juga memberi masa kepada peniaga dan pelabur untuk menilai semula pesimisme semasa, kerana pendekatan stabil Fed menyokong minat risiko," katanya.

Beliau berkata, bank pusat itu tidak tergesa-gesa dalam mengubah dasar dan kekal komited supaya ekonominya masih mencatatkan pertumbuhan.

Ringgit diniagakan lebih rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8231/8346 daripada 4.8324/8400 ketika ditutup semalam namun rendah berbanding pound British kepada 5.7504/7641 daripada 5.7496/7587.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9774/9847 daripada 2.9595/9643.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3248/3330 daripada 3.3251/3306 ketika ditutup pada Rabu, dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1622/2002 daripada 13.1778/2056.

Ringgit turut lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 267.3/268.1 daripada 268.1/268.7 dan lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.74 daripada 7.74/7.75.

Bersedia Untuk Melangkah Lebih Jauh Dengan Saham Turbo

19.3.25
XM

 


Kenapa sudah berpuas hati dengan 20:1 jika anda boleh dapatkan leveraj 200:1? 📈🔥


Jom berdagang saham kegemaran anda dengan leveraj turbo dan gandakan potensi keuntungan! 💥


Bersedia untuk langkah lebih jauh hari ini? 


➡️ Ketahui lebih lanjut hari ini!  Open a real trading account

Harga emas pecah rekod tertinggi baharu, lebih RM427 segram

19.3.25

NEW YORK: Harga emas naik melebihi AS$3,000 seauns (RM427 segram) buat pertama kali berikutan perang perdagangan Presiden Donald Trump meningkatkan permintaan untuk aset selamat, manakala pasaran saham melantun dengan tanda-tanda penggubal undang-undang AS akan mengelak penutupan kerajaan.

Indeks utama AS dibuka lebih tinggi dan kekal dalam wilayah positif sepanjang hari, mengenepikan bacaan rendah terhadap sentimen pengguna AS.

Pasaran saham Eropah juga meningkat selepas Jerman semakin hampir untuk meluluskan infrastruktur besar-besaran dan program perbelanjaan pertahanan.

Di Washington, beberapa jam sebelum tarikh akhir untuk menolak rang undang-undang perbelanjaan Republik, pemimpin Demokrat Senat, Chuck Schumer menggugurkan ancaman untuk menyekatnya.

Pakej itu akan memastikan kerajaan beroperasi sehingga September, tetapi Demokrat mendapat tekanan daripada penyokong untuk menentang rancangan itu, yang dikatakan penuh dengan pemotongan perbelanjaan.

Pasaran saham mendapat sokongan daripada kemungkinan yang semakin meningkat bahawa penutupan kerajaan akan dielakkan selepas Schumer berkata beliau akan mengundi resolusi berterusan yang diluluskan oleh Dewan, kata penganalisis di Briefing.com, Patrick O'Hare.

Pasaran di Paris dan Frankfurt kedua-duanya pulih selepas kerugian hari sebelumnya akibat ancaman tarif AS.

Calon Canselor Jerman, Friedrich Merz, berkata parti konservatif telah mencapai perjanjian dengan Greens untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan infrastruktur, membuka jalan untuk kelulusan cadangan itu di Parlimen.

"Jerman bersedia untuk meneruskan pembaharuan struktur penting sambil mengharapkan kemelesetan ekonomi ditamatkan," kata penganalisis CMC Markets, Jochen Stanzl.

"Sentimen pelabur berubah secara mendadak hari ini."

Emas, pilihan selamat dalam masa ketidaktentuan, meningkat kepada AS$3,004 seauns sebelum jatuh semula sedikit di bawah AS$3,000.

"Logam berharga itu dirangsang oleh peningkatan permintaan selamat di tengah-tengah risiko perang perdagangan dan turun naik pasaran saham baru-baru ini," kata penganalisis di City Index dan Forex.com, Fawad Razaqzada.

Ringgit dibuka tinggi daripada dolar menjelang keputusan kadar faedah AS

19.3.25

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka memutuskan kadar faedah malam ini.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4405/4480 daripada dolar AS berbanding 4.4450/4490 ketika ditutup pada Isnin.

Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Nuzul al-Quran.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran menjangkakan Fed cenderung untuk menurunkan kadar faedah apabila ia membincangkan mengenai keputusan kadar faedah lewat hari ini.

"Fed AS mungkin menurunkan kadar faedah, pasaran menjangkakan penurunan kadar faedah sebanyak tiga kali tahun ini," katanya kepada Bernama.

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS berlangsung dua hari bermula semalam.

Mohd Afzanizam berkata, hasil bon Perbendaharaan AS bercampur-campur dengan hasil 10 tahun jatuh dua mata asas kepada 4.18 peratus manakala nota dua tahun kekal stabil pada 4.04 peratus.

Hasil bon Perbendaharaan AS bercampur-campur itu menunjukkan bahawa pasaran kekal berhati-hati menjelang keputusan FOMC.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot kepada euro kepada 4.8566/8648 daripada 4.8455/8499 ketika ditutup pada Isnin, susut berbanding pound Britain kepada 5.7576/7628 daripada 5.7404/7463, bagaimanapun ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9720/9772 daripada 2.9896/9925.

Dalam pada itu, mata wang ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3360/3421 daripada 3.3351/3383 sebelum itu namun meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1961/2263 daripada 13.2213/2391.

Selain itu, ringgit juga menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 270.2/270.8 daripada 270.9/271.2 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.75/7.77 daripada 7.76/7.77.

🚲🏆 EMAS UNTUK MALAYSIA! 🇲🇾✨

19.3.25
XM

 


🚲🏆 EMAS UNTUK MALAYSIA! 🇲🇾✨


Malaysia terus melakar sejarah di pentas dunia! 🔥🚀


Tahniah Shah Firdaus Sahrom kerana menggegarkan trek di UCI Nations Cup di Konya, Turkiye dengan merangkul PINGAT EMAS! 🥇💥


Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan kelajuan, ketahanan & strategi yang tepat, kemenangan pasti dalam genggaman! 💪⚡


Malaysia, kita terus melaju ke puncak! 🇲🇾🚲💨

A Key Event That Brings Together Finance and Trading Minds, Traders Fair Returns to Manila

11.3.25

 


A Key Event That Brings Together Finance and Trading Minds, Traders Fair Returns to Manila

The Traders Fair is making its way back to the Edsa Shangri-La, Manila on May 24, 2025. This event will bring together traders, investors, and financial professionals for a full day of learning, networking, and exploring new market opportunities. Whether you're an experienced or just starting, this event offers valuable insights into forex, stocks, cryptocurrency, and fintech innovations.

Emerging Trends in Finance

The financial industry in the Philippines is evolving quickly. Digital banking and online lending are becoming more common, making financial services easier to access. Stablecoins like PHPX are gaining popularity, offering faster and more secure transactions. Meanwhile, businesses are starting to use Web3 and blockchain, creating new ways to trade and invest. These trends are changing how people manage money, making it an exciting time for traders and investors.

What to Expect at Traders Fair Manila

This event will feature in-depth talks from financial experts on forex, stocks, and cryptocurrency trading. There will be interactive workshops and panel discussions covering trading tools and strategies, helping attendees sharpen their skills. It’s also a great place to network with industry leaders, including brokers, fintech specialists, and experienced traders. Visitors will get hands-on experience with the latest trading platforms and technologies, and exciting giveaways and contests will be available throughout the day.

Meet the Speakers

Jonathan Lou Reyes is the Founder of PAFTI and a full-time trader with over 10 years of experience. He is a licensed trading instructor certified by Tradepedia LLC Dubai and has helped thousands of traders refine their strategies and improve their profitability.

Emmanuel Deiparine, known as "The Cryptocurrency Trader," is a well-respected figure in the Philippine crypto space. With years of hands-on experience in crypto trading, he specialises in risk management and defensive strategies to help traders navigate market fluctuations.

Larry Collin, is the Founder and CEO of Forex Trading Philippines, a community with over 60,000 followers. As a Certified Technical Analyst®, he has spent years trading in both the Philippine Stock Exchange and global forex markets. He is passionate about educating Filipinos on forex trading and will discuss technical analysis and long-term trading success.

 

Be Part of Traders Fair Manila 2025

Whether you’re looking to expand your trading skills, connect with professionals, or explore new financial tools, this event has something for you. Don’t miss out on the opportunity to learn, engage, and grow with some of the best minds in the industry.

For more details, visit www.tradersfair.com or contact us at info@tradersfair.com.

Follow Us on Social Media:

🔹 Website: https://tradersfair.com/
🔹 Facebook: https://www.facebook.com/TradersFair
🔹 Instagram: https://www.instagram.com/tradersfair.asia
🔹 YouTube: https://www.youtube.com/user/finexpo

 


 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini
... /*]]>*/