Gambar : InstaForex merumuskan Majlis Makan Malam Perdana 2016 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar : InstaForex merumuskan Majlis Makan Malam Perdana 2016




Majlis Makan Malam Perdana 2016 adalah acara penting forex

Mengikuti tradisi masa dihormati kami, Majlis Makan Malam Perdana 2016, merupakan salah satu acara paling berprestij dan berskala besar dalam industri forex Malaysia, telah diadakan pada awal Disember yang lalu.

Ratusan tetamu telah berkumpul di salah sebuah hotel terkemuka bertaraf lima bintang, Hotel Royale Chulan di ibu kota Malaysia. Mereka begitu menghargai komunikasi kasual dan pelbagai kejutan telah diatur dengan teliti oleh pihak InstaForex.

Untuk tempoh beberapa tahun berturut-turut, Majlis Makan Malam Perdana InstaForex ini adalah merupakan platform terbaik di mana setiap peserta boleh beramah mesra serta saling bertukar pendapat diantara satu sama lain. Selain itu juga, ia adalah peluang untuk bertemu dengan wakil-wakil syarikat InstaForex dan mengembangkan hubungan perniagaan.

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2016 merangkumi:


Selepas selesai proses pendaftaran dan ucapan kata-kata aluan, wakil InstaForex mengatur hadiah bagi acara cabutan bertuah. Tetamu yang bertuah memenangi alat peranti moden seperti iPhone 7 Plus, Samsung Galaxy S7 dengan Samsung Gear VR, TV HD Penuh, komputer riba berjenama serta 16 sijil bonus yang bernilai AS$500 - AS$8,000. Lebih menarik, InstaForex turut menyerahkan kunci kepada pemenang kempen Nissan X-Trail dari InstaForex untuk Malaysia.

Para tetamu menikmati hidangan makan malam dengan dendangan lagu yang disampaikan oleh penyanyi popular tanah air, Andy Flop Poppy. Para tetamu juga dilihat terpukau dengan persembahan luar biasa dari ahli silap mata Amar. Suasana Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2016 kemudiannya bertukar gamat dengan gelak tawa tetamu yang ternyata terhibur dengan jenaka spontan yang disampaikan oleh pelawak solo, Rizal van Geyzel.

Tahun ini, sambutan yang diterima begitu menggalakkan sehingga pendaftaran terpaksa ditutup beberapa hari lebih awal. Walau bagaimanapun, 800 orang pelanggan terawal telah berjaya mendapat tempat untuk menyertai acara makan malam paling gilang-gemilang ini.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda di Majlis Makan Malam Perdana 2017 dan menjemput anda ke acara InstaForex yang lain!

























































Pada musim luruh 2014, InstaForex telah memeterai kerjasama dengan kelab bola sepak legenda Liverpool. Hasil daripada kerjasama yang memberangsangkan ini, kami mengatur sebuah pertemuan luar biasa dengan menampilkan pemain lagenda bola sepak sebagai tetamu istimewa di Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2016. Kemuncak acara Majlis Makan Malam Perdana 2016 adalah pertemuan dengan Robbie Fowler, bintang bola sepak Inggeris. Robbie Fowler telah mendapat pengiktirafan sebagai lagenda elit bola sepak. Bermain untuk Liverpool, beliau pernah menjuarai Premier League Cup, Piala FA dan UEFA Super Cup. Beliau berkongsi pengalaman kejayaan beliau dengan para tetamu. Selain itu, di penghujung acara, semua tetamu berpeluang untuk menyertai sesi fotografi dan autograf bersama Robbie Fowler.





<a href="http://www.instaforex.com/ms/?x=OBN">InstaForex</a>

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini