4 Perkataan Paling Penting Kepada Trader


Perkara utama untuk artikel hari ini bergantung kepada fakta bahawa perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan, yang kita sebut dengan kuat atau secara diam-diam, mempunyai kebolehan untuk membentuk keputusan yang khusus.
Dan bagaimana kita akan bersedia secara mental dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kejayaan bisnes dan kehidupan kita secara umum!

Oleh itu, hari ini saya ingin mencadangkan kepada anda untuk masuk kedalam ruang keyakinan diri dengan empat perkataan mudah yang akan menjadi magik, sekiranya anda menyebutnya selalu, dan ia akan menolak anda ke mendaki dengan stabil dalam kerjaya trader.

Jadi, apakah 4 perkataannya?

Perkataan "belum". Bandingkan dua versi ayat-ayat ini: "Saya tidak memahami apa yang berlaku di pasaran, saya tidak boleh berdagang, saya tidak boleh mengawal emosi" dan "saya belum memahami apa yang berlaku di pasaran, saya belum boleh berdagang, saya belum boleh mengawal emosi". Rasa perbezaannya? Variasi pertama memberikan putus asa. Manakala variasi kedua meransang kita untuk meruntuhkan jurang dalam pengetahuan mencari penyelesaian masalah!

Perkataan "Kamu". Kesimpulan menarik diberikan oleh saintis dari universiti Illinois (USA). Mereka telah membuktikan bahawa orang yang menggalakkan diri mereka sendiri dengan ungkapan "Anda boleh menghadapinya! Anda boleh!" mencapai keputusan yang terbaik, dari mereka yang merujuk diri mereka sendiri dengan "Saya". Dari pendapat saya sendiri, paradoksnya seperti berikut - kita semua kadangkala memerlukan sokongan rakan-rakan, tepuk bahu dan kata-kata semangat dari rakan.
Perkataan "Bersama". Kajian kedua yang menarik dijalankan oleh saintis dari Universiti Stanford (USA).
Apabila orang bekerjasama bekerja dalam satu pasukan untuk projek atau tugas yang sukar, kecekapan output untuk setiap peserta tertentu meningkat antara 50%-70% berbanding kerja seorang diri. Dalam pasukan, motivasi individu dan minat kerja meningkat. Dan walaupun trading adalah pekerjaan individu, adalah sangat bagus (terutama pada peringkat awal) apabila ada pasukan yang mengikut dengan siapa anda berkongsi fikiran dan keraguan.

JustForexPerkataan "Tidak". Belajar untuk memberitahu diri anda sendiri perkataan terindah ini TIDAK. Semua orang yang berjaya boleh menyarakan tidak kepada diri mereka sendiri dan kepada orang sekeliling, oleh itu ia meletakkan brake dalaman dan memutuskan semua yang tidak diingini.

Dengan menyatakan "Tidak", kita berhenti untuk membazirkan masa dengan idea buruk, kelakuan kurang baik dan orang yang jahat. Dengan belajar memberitahu "Tidak", ia menjadi mudah kepada kehidupan dan trade!

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini