Beberapa pendapat mengenai petunjuk-petunjuk teknikal dan 'robot berdagang' (trading robots) - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Beberapa pendapat mengenai petunjuk-petunjuk teknikal dan 'robot berdagang' (trading robots)


Isu mengenai sama ada menggunakan atau tidak menggunakan petunjuk-petunjuk teknikal untuk analisis dagangan dan cara ianya berguna adalah setua pasaran-pasaran kewangan. Di dalam perkara ini, terdapat beberapa industri-industri yang hampir dengan pasaran, yang muncul sebagai lebih menguntungkan. Pembangunan 'robot berdagang' (trading robot) dan sistem dagangan automatik, yang berdasarkan petunjuk-petunjuk teknikal, dan juga pasaran isyarat-isyarat dagangan akan menjadi contoh yang baik. vendor-vendor program dagangan membekalkan terminal-terminal mereka dengan kesemua cara untuk analisis dan petunjuk-petunjuk teknikal, termasuk mereka yang membeli terminal-terminal ini, menjual analisis teknikal mereka kepada 'traders' dan seterusnya. Malangnya, ramai 'traders' baharu menjadi terlibat di dalam jualan pemasaran laman sesawang dagangan, pembangun-pembangun perisian, dan mereka yang mengisytiharkan diri sebagai guru-guru pasaran.

Walaubagaimanapun, masalah yang menjadi dasar di dalam petunjuk-petunjuk teknikal adalah data petunjuk-petunjuk adalah sejenis bunyi bising yang senget-benget daripada harga-harga pasarannya sendiri. 'Trader' belajar menggunakan petunjuk-petunjuk, mencuba mengenal-pasti corak di dalam data mereka, dan akhirnya mengabaikan data harga sebenar. Di dalam perkataan lain, mereka bukan cuba menganalisa dan menterjemah harga itu sendiri, tetapi variasi data harga. Jika seorang 'trader' bergantung kepada data petunjuk di dalam analisis dagangannya, dia mendapat pandangan yang senget-benget mengenai apa yang pasaran lakukan. Lebih banyak bahagian petunjuk-petunjuk di dalam jumlah volum analisis, lebih banyak senget-benget gambaran ynag 'trader' lihat.

 Seperti yang anda tahu, petunjuk-petunjuk teknikal dibezakan di dalam dua kelas yang berbeza. Petunjuk-petunjuk teknikal boleh menjadi 'kehadapan' (leading) atau 'ketinggalan' (lagging). Petunjuk-petunjuk yang ketinggalan direka untuk membantu 'traders' membuat wang di dalam pasaran trend. Kelas ini termasuklah petunjuk-petunjuk yang terkenal seperti MACD dan 'MOVING AVERAGE'. Walaubagaimanapun, mereka dinamakan «'ketinggalan' (lagging)» bukan dengan sia-sia, kerana mereka lambat dengan isyarat untuk memasuki pasaran. Mereka menyediakan isyarat bila pasaran telahpun bergerak dan memperkembangkan trend. Satu perkara di mana mereka boleh membantu adalah mengenal-pasti kehadiran atau ketidak-hadiran trend. Di dalam keadaan pasaran mendatar atau pengukuhan berpanjangan, dagangan dengan bantuan petunjuk-petunjuk seperti itu, atai malahan lebih buruk dengan bantuan robot yang berdasarkan petunjuk-petunjuk ini, akan dengan segera membunuh baki akaun.

Petunjuk-petunjuk peneraju direka untuk membantu 'trader' mengenal-pasti paras paling atas dan bawah pasaran. Petunjuk-petunjuk ini dipanggil 'oscillators' di kalangan mereka adalah Stochastic, RSI dan lain-lain. Di dalam pasaran trend, mereka adalah pembunuh-pembunuh akaun. Jika pasaran adalah di dalam trend menaik, 'oscillator' akan menunjukkan pasaran adalah terlebih beli, bila hakikatnya ia meninggalkan pengukuhan tempatan dan akan memecah dorongan ke atas. Di dalam trend ke bawah, perkara yang berlawanan akan berlaku.

Oleh itu, terdapat dua kelas yang berlawanan daripada petunjuk-petunjuk teknikal. 'Traders' baru mempelajari pasaran dan belajar bagaimana berdagang dengan alatan ini. Memahami sifat berbeza petunjuk-petunjuk ini, mereka yang baru cuba untuk mencantumkan instrumen-instrumen ini, menukarkan carta harga kepada sesuatau yang huru-hara, tidak dapat dianalisa, mendapat output yang mengelirukan dan tidak teratur. Ini membawa kepada tekanan emosi dan mental, meneka, terlebih dagangan dan akibatnya, kehilangan baki akaun.

Jika anda memberitahu seorang 'trader' yang dagangan adalah berdasarkan petunjuk-petunjuk teknikal, kesemua yang beliau perlukan adalah membuang KESEMUA petunjuk-petunjuk ini daripada carta, beliau akan berkemungkinan tidak mempercayai anda. Sungguh, kesemua yang diperlukan - adalah untuk membuang petunjuk-senget-benget ini daripada carta, dan akhirnya mempunyai peluang untuk melihat harga dengan jelas. Harga itu sendiri akan memberitahu untuk apa yang pasaran sedang mempersiapkan diri dan bagaimana is rasakan. Adalah cukup untuk mengenal-pasti paras-paras utama dan tempatan, menentukan trend dan kekuatannya, dan belajar bagaimana membaca analisis 'batang lilin' (candlestick), dan dagangan bergerak menuju paras baru. Ini adalah paras di mana profesional berdagang.

Sistem analisis pasaran ini adalah dipanggil tindakan harga. Ini adalah apa yang kami akan perkatakan mengenainya di dalam satu daripada artikel-artikel kami seterusnya.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini