Video : Jameel Ahmad Mengadakan Jelajah Media Baru yang Berjaya di Malaysia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Video : Jameel Ahmad Mengadakan Jelajah Media Baru yang Berjaya di Malaysia


FXTM meneruskan jelajah media yang berjaya dengan siri temu bual baru di Malaysia. Pada 31 Oktober dan 1 November yang lalu, Jameel Ahmad, Ketua Global Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran Global FXTM telah mengunjungi rantau ini untuk siri temu bual seorang dengan seorang, sesi meja bulat dan temu bual televisyen dengan TV3 – salah sebuah stesen televisyen yang paling ditonton di Malaysia.

Temu bual dan sesi soal jawab ini menumpukan pada pasaran tempatan di Malaysia dengan tumpuan utama pada Ringgit, serta Minyak, Emas dan Bitcoin. Temu bual dikendalikan oleh pihak media Peringkat 1 dari rantau ini termasuk The Sun Daily, The Edge Markets dan Radio Television Malaysia (RTM1)

Beberapa topik yang dibincangkan semasa jelajah ini termasuk:

Ringgit - bagaimana mata wang Malaysia mendapat manfaat daripada faktor luaran, kesan ekonomi global dan dasar politik - terutamanya dari A.S.
Minyak - bagaimana harga minyak dapat dipulihkan pada tahun 2018, apa tindakan OPEC untuk membantu pemulihan harga minyak dan bagaimana MYR boleh mendapat manfaat daripada pemulihan harga minyak.
Yen Jepun - Bagaimana risiko politik yang berterusan mempengaruhi Yen pada tahun 2017.
Bitcoin - bagaimana hendak menilai Bitcoin berbanding mata wang tradisional dan peraturan berkaitannya di seluruh dunia.
Bagaimana politik tempatan mungkin menjejaskan Ringgit.
Ramalan pasaran umum untuk MYR dan faktor yang mungkin mempengaruhi ekonomi.

Baca sampel artikel dan klip daripada jelajah ini:

Astro Awani




BFM Radio





The Edge - Ringgit dilihat berada pada 4.15-4.30 berbanding USD apabila pelabur mendapat petunjuk daripada Trump

SME.org.my - FXTM menjangkakan ringgit berada pada julat 4.15-4.30 menjelang akhir tahun

Untuk mendapatkan analisis mendalam tentang pasaran, pastikan anda menanda buku halaman Analisis Pasaran Harian FXTM.

Masih belum berdagang dengan broker yang memenangi anugerah? Buka akaun anda hari ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini