ASAS FOREX - Matawang - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

ASAS FOREX - Matawang



Bahagian 1: Matawang

Apabila pedagang berdagang FOREX, mereka membeli atau menjual pasangan matawang. Setiap pasangan matawang sentiasa akan bersaing dengan matawang lain dan kadar pertukaran berubah-ubah mengikut yang mana satu matawang adalah lebih kuat pada masa perdagangan. Perdagangan dinyatakan sebagai satu matawang terhadap matawang lain dan dikenali sebagai matawang 1/matawang 2. Sebagai contoh, jika anda berdagang euro berbanding dolar AS, ia akan disebut sebagai EUR/USD.

Pasangan matawang Major adalah semua pasangan yang mengandungi dengan Dolar Amerika (USD) sebagai salah satu pasangan. Mereka adalah pasangan yang paling kerap diniagakan di FOREX. Mereka juga adalah pasangan yang dikenalpasti paling tinggi kecairannya. Ini adalah carta pasangan mata wang utama. Turut dinyatakan terma pedagang FOREX gunakan untuk secara lisan merujuk kepada pasangan tersebut.


Apabila pasangan matawang tidak mengandungi dolar AS sebagai salah satu matwang pasangan itu, ia disebut sebagai pasangan matawang bersilang atau silang. Ia kadang-kadang boleh dirujuk sebagai "minor". Semua pasangan matawang bersilang mengandungi salah satu daripada tiga matawang major bukan Dolar AS sebagai mata wang utama. Berikut adalah carta buat euro, yen dan paun.

Pasangan Matawang Silang Euro



Pasangan Matawang Silang Yen



Pasangan Matawang Silang Pound



Lain-lain Pasangan Matawang Silang




Sudah tentu terdapat banyak matawang lain yang boleh ditukar pada FOREX selain major dan minor. Ini kerana banyak matawang negara-negara baru muncul. Apabila matawang utama dipasangankan dengan matawang yang baru muncul, ia dipanggil pasangan matawang eksotik. Tidak semua broker menawarkan pasangan matawang eksotik, dan jika mereka menawarkan, kos transaksi biasanya lebih. Walau bagaimanapun, ia adalah idea yang baik untuk membiasakan diri dengan beberapa pasangan ini. Berikut adalah carta pasangan mata wang eksotik yang paling biasa.


Apabila berdagang pasangan mata wang eksotik, anda boleh melihat spread yang jauh lebih besar daripada spread untuk USD/JPY atau EUR/USD, jadi ia perlu diambil kira dalam keputusan anda untuk berdagang dalam pasangan ini.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini