Membuka Akaun Dagangan FOREX Sebenar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Membuka Akaun Dagangan FOREX Sebenar


Bahagian 4: Membuka Akaun Dagangan FOREX Sebenar

Sesetengah broker memerlukan banyak pengesahan dokumen untuk membukan akaun sebenar, ada juga hanya akan memerlukan beberapa dokumen asas. Anda pasti inginkan broker yang mempunyai platform dagangan yang mesra pengguna dan mempunyai alat-alat untuk membantu anda menganalisis FOREX.

Kebanyakan broker akan memberikan anda pilihan untuk mikro, mini atau akaun standard. Sekali lagi, adalah digalakkan pedagang-pedagang baru bermula dengan modal yang rendah membuka akaun mikro atau mini. Ini akan mengurangkan risiko anda sehingga anda menjadi seorang pedagang yang berpengalaman. Selepas itu anda perlu membuka akaun standard.

Pada ketika ini, anda perlu memberikan alamat dengan bukti (seperti bil utiliti atau pasport bank) dan ID dengan bukti (seperti pasport atau lesen memandu). Anda akan perlu menunggu pengesahan daripada broker sebelum anda boleh memulakan dagangan di pasaran FOREX yang sebenar. Semua pengesahan ini akan dilakukan secara dalam talian, jadi anda boleh memilih manamana broker yang anda mahu, tanpa mengira lokasi.

Sekarang anda sudah bersedia untuk memulakan dagangan sebenar. Pastikan matlamat anda dalam fikiran dan anda akan menjadi pedagang FOREX berjaya.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini