HFcopy - Jadi Pengikut


Pilih, Ikuti, Pantau
Penyelesaian terbaik jika anda ingin:



Anda sudah bersedia? Mari mulakan!





HF Master Card

 Soalan Lazim Pengikut

Adakah HFcopy boleh digunakan secara percuma?

Pelanggan tidak dikenakan sebarang bayaran pentadbiran untuk menyertai HFcopy. Walau bagaimanapun, terdapat Bayaran Prestasi yang perlu dibayar oleh Pengikut kepada Pembekal Strategi - hanya jika prestasi mereka positif.

Saya sudah ada akaun dagangan HotForex. Adakah saya memerlukan akaun baru?

Ya. Akaun Pengikut HFcopy ialah jenis akaun yang berasingan. Oleh itu, seseorang tidak boleh menyertai program ini dengan mana-mana jenis akaun yang lain.

Bolehkah saya menjadi kedua-dua Pembekal Strategi dan Pengikut?

Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu membuka akaun dagangan Pengikut dan Strategi yang berasingan.

Bagaimanakah saya boleh menyalin dagangan daripada akaun Pembekal Strategi?
Langkah-langkah yang perlu diikuti adalah:

- pilih akaun Pembekal Strategi
- tambah dana pada akaun Pengikut anda
- tetapkan Aras Penyelamat
- tetapkan Peruntukan Volum

Adakah saya perlu menyalin semua dagangan daripada Pembekal Strategi?

Dari masa anda mula mengikuti, dagangan yang baru dibuka akan disalin secara automatik ke akaun Pengikut anda. Dagangan sebelumnya dan dagangan yang sedang dibuka tidak akan disalin.

Bolehkah saya meminda atau menutup dagangan yang disalin?

Anda boleh menutup mana-mana dagangan terbuka yang telah disalin ke akaun Pengikut anda. Anda tidak boleh memindanya.

Bolehkah saya mengikuti lebih daripada satu akaun Pembekal Strategi?

Seorang Pengikut boleh membuka sehingga 3 akaun Pengikut. Setiap akaun Pengikut hanya boleh mengikuti satu akaun Pembekal Strategi pada satu masa. Anda boleh memutuskan sambungan mana-mana akaun Pengikut anda daripada akaun Pembekal Strategi tertentu dan mula mengikut akaun lain pada bila-bila masa.

Bagaimanakah saya boleh berhenti mengikuti akaun Pembekal Strategi?

Anda boleh memilih untuk menyahikut akaun Pembekal Strategi pada bila-bila masa melalui kawasan myHotForex anda. Jika terdapat dagangan yang terbuka dalam akaun Pengikut anda, dagangan itu akan ditutup pada masa sambungan diputuskan. Jika pasaran sedang ditutup bagi mana-mana dagangan anda yang terbuka, anda tidak boleh menyahikut - anda perlu mencuba semula apabila pasaran dibuka. Walau bagaimanapun, anda boleh mengalih keluar semua margin bebas yang tersedia dan menutup kedudukan anda secara manual.

Apakah yang berlaku jika Pembekal Strategi menutup akaun yang saya ikuti?

Anda akan diberitahu dan secara automatik diputuskan sambungan daripada akaun Pembekal Strategi yang khusus. Dana anda yang tersedia akan dipindahkan ke myWallet anda dan anda boleh mula mengikuti akaun Pembekal Strategi baru.

Apakah platform yang HFcopy berfungsi?

MT4 desktop, terminal web dan platform mudah alih MT4.


Premium Tools

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini