RAHSIA-RAHSIA PEDAGANG ROCKSTAR STEVEN COHEN - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

RAHSIA-RAHSIA PEDAGANG ROCKSTAR STEVEN COHEN


Pernahkah anda mendengar tentang lagenda dana lindung nilai, lelaki yang dinobat ke-72 paling kaya di dunia oleh Forbes?

STEVEN COHEN ADALAH PEDAGANG LAGENDA PASARAN FOREX

Setiap pendatang baru akan tertanya-tanya, apakah ciri-ciri yang patut ada pada seorang pedagang untuk mencapai kejayaan luar biasa di pasaran Forex. Kita telah fikirkan tentang ini berkali, mengimpikan tentang keuntungan yang besar, dalam masa yang sama penerapan kemahiran ini mengambil masa yang panjang dan usaha berterusan. Namun bolehkah anda bayangkan wujudnya orang yang memang lahir dengan naluri semulajadi seorang pedagang? Itulah keadaannya dengan pedagang paling hebat di Wall Street yang anda pasti tidak pernah dengari. Steven Cohen adalah pengurus dana lindung nilai Amerika yang disenaraikan sebagai orang ke-106 paling kaya di dunia dan yang ke-35 di Amerika Syarikat.

Steven Cohen dilahirkan pada 1956 di Great Neck, New York di mana bapa beliau seorang pengilang pakaian di daerah pakaian di Manhattan, dan ibu beliau seorang guru piano separuh masa. Membesar di dalam keluarga Yahudi bersama tujuh abang dan kakak, beliau terbiasa untuk fokus kepada perkara yang penting sejak dari usia muda.

Cohen di waktu muda menyatakan kegemaran beliau untuk mengambil risiko datang dari kecintaannya kepada poker, yang beliau kerap mainkan di sekolah tinggi. Beliau tamat kuliah dengan ijazah ekonomi dari Wharton School di University of Pennsylvania di mana beliau telah emmbuka akaun perbrokeran dengan $1000 menerusi bantuan seorang rakan. Desas desus mengatakan wang tersebut sebenarnya telah diketepikan untuk pelajaran beliau.


Pada usia 21 tahun, bakal billionaire ini mendapat pekerjaan di Wall Street sebagai pedagang junior di jabatan opsyen di Gruntal & Co. Omongan pasaran mengatakan beliau sebenarnya telah membuat $8,000 keuntungan di hari pertama beliau bekerja. Hanya dalam 6 tahun selepas itu, keuntungannya di sekitar $100,000 sehari dan beliau akhirnya menguruskan portfolio $75 juta dan pasukan sebesar 6 orang pedagang.

Pada tahun 1992, Cohen telah memulakan syarikatnya sendiri bernama S.A.C Capital Partners dengan $20 juta wangnya sendiri. Seberapa seringkah anda temui orang yang mempunyai kekayaan $20 jtua pada usia 35? Firma ini menguruskan ekuiti $14 bilion menjelang 2009. Beliau dijolok dengan panggilan "raja dana lindung nilai" di dalam sebuah artikel Wall Street Journal, berada di ranking 94 dalam senarai 100 orang paling berpengaruh Time's pada tahun berikutnya.

Beliau mengalami kerugian pertama pada 2008 sewaktu krisis kewangan. Kemudian dalam satu malam firma beliau kerugian $150 juta, atau 1.5% asetnya. Namun begitu Stephen Cohen sendiri tidak patah hati.


Beliau menghabiskan masanya berdagang saham di lantai dagangan 180 orang beliau di Stamford, Connecticut. beliau dan 100 pengurus portfolio membeli dan menjual 100 juta unit saham sehari, sekitar 1 peratus dari semua saham yang didagangkan di bursa-bursa A.S.

Semuanya berubah secara dramatik pada 2013 bila En. Cohen menghadapi tuduhan sivil kerana gagal menghalang perdagangan orang dalam di S.A.C. Capital Advisors. Beliau telah mengaku bersalah atas kesalahan ini, membayar denda $1.8 bilion dan telah setuju untuk berhenti menguruskan dana bagi pihak pelanggan sehingga 2018. Namun, beliau masih lagi mengekalkan nilai bersih $12.7 bilion pada bulan Mei tahun lalu.

Steven A. Cohen telah dilarang dari menguruskan wang untuk pelabur luar selama dua tahun selepas gagal untuk mengawasi dengan baik tindakan seorang pedagang di bekas firmanya, SAC Capital Advisors. Larangan ini telah luput pada 31 Disember.

Untuk dua tahun, En. Cohen telah dengan sabar menanti untuk beraksi semula. Beliau telah mendaftarkan sebuah dana baru, Stamford Harbor Capital pada 2016. Beliau telah mengupah sebuah firma pemasaran untuk bertemu dengan calon-calon pelanggan. Beliau juga telah muncul di Las Vegas pada awal 2017 untuk salah satu konferens paling prominen industri dana lindung nilai. Jadi raja dana lindung nilai sudah kembali ke gelanggang.




Jadi apakah rahsia kejayaan hebat Cohen?

Walaupun beliau digelar seorang profesional dalam transaksi jangka pendek dan raja dana lindung nilai, strategi Steven Cohen bukanlah sains roket. Orang boleh mengatakan ia tuah yang luar biasa, tetapi sebenarnya beliau menggabungkan banyak maklumat yang datang kepada beliau dari semua arah dengan naluri yang baik tentang bagaimana pasaran sedang bergerak agar boleh membuat taruhan di dalam pasaran dengan baik.

Beliau gemarkan sokongan yang kuat, jadi beliau bukanlah jenis yang suka bersendirian seperti ramai pedagang lain.

Steven Cohen percaya sebab utama kejayaan beliau adalah bakatnya untuk membina pasukan yang hebat.

Lantai dagangan sebesar 20,000 kaki persegi di SAC Capital Advisors biasanya disejukkan sehingga 21 darjah untuk membuatkan para pedagang sentiasa awas. Encik Cohen duduk di ruang tengah menyukainya begitu. Telefon berkelip-kelip, bukannya berdering-dering. Cakera keras komputer dipasang diluar lantai dagangan untuk menghapuskan bunyi deruman. Barisan pedagang memakai jaket bulu memerhati dengan tajam bagaimana lagenda Forex sedang berdagang.

Cohen sejak dari awal lagi percaya dengan perdagangan jangka pendek

 Seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan sekerjanya; beliau ada masanya mampu masuk sehingga 300 transaksi sehari, tidak terlalu memikirkan butiran ekonomi. Ketua SAC itu percaya keuntungan terbesar boleh diperoleh sebagai hasil dari pengawasan tanpa henti harga sewaktu hari bekerja. Jika anda berterusan memerhatikan perubahan di carta, selepas seketika anda boleh belajar bagaimana hendak meramal pergerakan pasaran. Selama bertahun-tahun, Stephen Cohen telah membeli dan menjual saham-saham syarikat, tanpa mengetahui profil mereka.

Cohen tidak suka membazir masa pada perkara remeh seperti memilih aset-aset terlebih atau terkurang nilai.


Beliau telah membina sebuah program yang melakukan kebanyakan kerja rutin tersebut untuk beliau.

Kerana inilah, Steven Cohen mengatakan bahawa dana beliau tidak disukai orang kerana beliau sebenarnya tidak melabur, tetapi didagangkan.

Pada masa ini, jika kita jumlahkan semua wang untuk pelbagai dana yang diuruskan oleh Steven Cohen, modal ini akan berjumlah sehingga $1.2 trilion. Menurut pelbagai sumber, 2% dari transaksi di bursa saham adalah dari dana beliau.

Ketika berkongsi pengalaman berdagang beliau yang berharga, Steven Chone menasihatkan agar seseorang itu menggariskan dengan jelas apakah mereka, dan jangan cuba menjadi apa yang mereka bukan. Jika seorang pedagang harian, berdaganglah sewaktu siang. Jika anda seorang pelabur, jadilah pelabur. Ia seperti seorang pelawak yang naik ke pentas kemudian mula menyanyi. Untuk apa dia menyanyi? Beliau seorang pelawak. Sudahkah anda tetapkan siapakah diri anda? Sudah bersedia untuk menyelidiknya?

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini