RICHARD DENNIS - GENIUS PERDAGANGAN KOMODITI



Hari ini, internet penuh dengan kisah jatuh dan bangun, kejayaan dan kekecewaan di dalam pasaran Forex. Kita boleh menemui berdozen-dozen kisah sebegini yang memuaskan setiap selera. Namun anda sukar menemukan kisah hebat pelopor perdagangan komoditi yang sangat kaya dan genius, Richard Dennis.

Kisah Dennis adalah kisah lagenda perdagangan yang masih mampu membakar semangat pedagang baru hari ini. Lelaki ini pada usia 23 tahun, dilaporkan telah meminjam $1,600 dan menukarkannya menjadi $200 juta di dalam 10 tahun dengan berkomoditi. Pada usia beliau 26 tahun, dia sudah pun menjadi seorang pedagang jutawan.dagang

“Prince of the Pit” ini dilahirkan di South Side, Chicago pada tahun 1949, di dalam sebuah keluarga Irish katolik yang agak miskin, di mana bapanya berkerja hanya sebagai pencuci tandas. Dennis menjadi utusan pesanan di lantai perdagangan Chicago Mercantile Exchange pada usia 17 tahun. Beberapa tahun selepas itu, beliau mula berdagang untuk akaun beliau sendiri di Mid America Commodity Exchange, sebuah lantai perdagangan aras permulaan di mana kontrak "mini" didagangkan. Untuk mengatasi peraturan yang memerlukan pedagang berusia sekurang-kurangnya 20 tahun, beliau berkerja sebagai utusan beliau sendiri, dan mengupa bapanya, yang berdagang bagi pihaknya di pit. Begitulah caranya beliau mendapat gelarannya.

Dennis memperoleh ijazah sarjana muda falsafah dari DePaul University, kemudian menerima biasiswa untuk pengajian sarjana falsafah di University Tulane, namun kemudian dia mengubah fikirannya dan kembali berdagang. Dia meminjam $1,600 dari keluarganya, yang mana setelah membelanjakan $1,200 bagi tempat duduk di MidAmerica Commodity Exchange beliau hanya mempunyai modal berdagang $400 sahaja. Pada 1970 perdagangan beliau meningkatkan jumlah ini kepada $3000, yang menurut kata beliau "berbanding cuma $400... ini baru benar-benar modal pelaburan", dan pada tahun 1973 modalnya melebihi $100,000. Dia membuat keuntungan $500,000 memperdagangkan kacang soya pada 1974, dan menjelang hujung tahun sudah menjadi jutawan, pada usia hampir 26 tahun.

Jutawan baru ini percaya bahawa perdagangan yang berjaya boleh diajarkan. Untuk menyelesaikan debat tentang itu bersama William Eckhardt, seorang rakan dan juga pedagang, Dennis mengupah dan melatih 21 orang lelaki dan 2 wanita, di dalam 2 kumpulan, satu dari Disember 1983 dan yang lain mulai Disember 1984. Dennis melatih mereka ini, yang dipanggil Turtles, hanya selama dua minggu, tentang sebuah sistem mengikut trend, berdagang pelbagai komoditi, matawang dan pasaran bond, membeli ketika harga melepasi julat terkini mereka, dan menjual bila ia jatuh di bawah julat terkini.

Para pedagang baru ini diajar untuk mengecilkan saiz posisi sewaktu sedang kerugian dan untuk membesarkan posisi untung (pyramiding) secara agresif – sehingga satu pertiga dari separuh dedahan total, walaupun cuma 24% dari modal keseluruhan akan terdedah dalam satu-satu masa. Sistem perdagangan seperti ini akan menghasilkan kerugian di dalam tempoh di mana pasaran bermain di dalam julat, sering selama berbulan-bulan dalam satu-satu masa, dan menguntungkan bila pasaran bergerak besar. Kemudian dia memberikan setiap dari mereka sejuta dolar wangnya sendiri untuk diuruskan. Bila eksperimen beliau berakhir lima tahun kemudian, Turtles dilaporkan telah menghasilkan keuntungan agregat $175. Keputusan yang cemerlang, benar?

Sambil melatih Turtles, Dennis mula menguruskan modal untuk pelanggan-pelanggan perseorangan tetapi keluar dari bidang ini pada 1988 berikutan kerugian besar pelanggan akibat kemelesetan 1987 yang dikenali sebagai Black Monday. Tahun selepas kemelesetan, Dennis memutuskan untuk membawa kekayaan beliau yang sudah mengecut, dianggarkan bernilai $200 juta, dan berpindah ke bidang lain: politik. Beliau menyatakan bahawa sasaran beliau adalah untuk melabur demi perjuangan dan calon yang mencerminkan falsafah yang beliau jelaskan sebagai "campuran idiosinkratik pasaran bebas dan dasar sosial yang liberal"



Strategi Perdagangan Richard Dennis

Ini bukanlah peraturan jual dan beli Richard Dennis yang benar-benar tepat. Ada buku-buku dan laman web di luar sana yang mengandungi butiran strategi sebenar beliau, tetapi metodologi beliau secara keseluruhan tentang bagaimana beliau berdagang adalah seperti berikut:

1. Pasaran – Apa yang harus dibeli atau dijual

Keputusan pertama adalah tentang apa yang harus dibeli atau dijual, atau secara asasnya pasaran mana yang perlu kita berdagang. Jika anda berdagang terlalu sedikit pasaran anda mengecilkan peluang anda untuk mengikuti trend. Dalam masa yang sama, anda tidak mahu berdagang di pasaran yang mempunyai volum dagangan terlalu kecil, atau trendnya tidak cukup kuat.

2. Penentuan saiz posisi – Berapa banyak harus dibeli atau dijual

Keputusan tentang seberapa banyak harus dibeli atau dijual adalah sangat utama, namun ia sering tidak diberi perhatian secukupnya atau tidak ditangani secara baik oleh kebanyakan pedagang.

Seberapa banyak harus dibeli atau dijual adalah satu aspek yang paling penting dalam perdagangan. Kebanyakan pedagang pemula merisikokan terlalu banyak pada setiap dagangan, dan ini meningkatkan kebarangkalian mereka akan bungkus, walaupun gaya perdagangan mereka betul.

3. Titik masuk – bila untuk beli atau jual

Keputusan tentang bila hendak membeli atau menjual biasanya dipanggil keputusan kemasukan. Sistem yang terautomasi menghasilkan signal masuk yang menggariskan harga dan keadaan pasaran yang tepat untuk masuk ke pasaran, sama ada untuk membeli atau menjual.

4. Rentian - Bila hendak keluar dari posisi yang kerugian

Para pedagang yang tidak memotong kerugian mereka tidak akan berjaya dalam jangka panjang. Perkara paling penting tentang memotong kerugian adalah untuk menentukan terlebih dahulu satu titik keluar sejak sebelum masuk posisi lagi.

5. Titik Keluar – Bila harus keluar dari posisi yang menang

Banyak "sistem perdagangan", yang dipromosi sebagai sistem perdagangan lengkap, tidak menyatakan secara spesifik titik keluar untuk posisi yang menang. Namun persoalan bila harus keluar dari posisi yang sedang menang adalah penting untuk keberuntungan sistem itu. Sebarang sistem perdagangan yang tidak menghuraikan titik keluar posisi yang menang bukan Sistem Perdagangan Yang Lengkap.

6. Taktik – Bagaimana hendak membeli atau menjual

Apabila signal telah dihasilkan, pertimbangan taktikal berkaitan mekanik perlaksanaan menjadi penting. Ini adalah lebih penting lagi untuk akaun yang lebih besar, di mana titik masuk dan keluar posisi boleh menyebabkan pergerakan harga yang signifikan, atau impak pasaran.

Walaupun mengalami kerugian, lagenda Dennis tetap kekal setelah berjaya mengembangkan $1,600 kepada $200 juta di dalam 10 tahun dan menjadikan 23 pedagang pemula boleh menghasilkan $175 juta dalam tempoh lima tahun. Jadi nasihat beliau mungkin boleh membantu anda menjadi pedagang kelas atasan juga?

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini