"SAYA BOLEH BUAT SEHINGGA US$5000 SEHARI DENGAN BERDAGANG". SEBUAH WAWANCARA DENGAN EDWIN SHIN, PEDAGANG FBS DARI KOREA



Edwin Shin adalah seorang pedagang yang berjaya dan rakaniaga dari Korea Selatan, yang telah memulakan karier perdagangan beliau sebagai seorang pelajar dan dalam hanya beberapa tahun telah menjadi contoh kejayaan yang hanya boleh dicapai menerusi perdagangan.

Pada waktu wawancara ini dibuat, Shin berumur 27 tahun, tinggal di Incheon, Korea Selatan, mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran dan juga akumen kewangan yang hebat. Kami telah menanyakan beliau beberapa soalan dan beliau setuju untuk kongsikan sedikit pengalamannya kepada kita.

Boleh beritahu kami bagaimana anda mengetahui tentang perdagangan FX?
Semasa saya seorang pelajar, saya tercari-cari cara untuk membuat wang secara fleksibel dari jarak jauh. Jelas sekali, ia pastinya melibatkan kerja yang boleh dilakukan menerusi komputer dan dalam masa senggang saya, kerana saya perlu belajar juga. Begitulah bagaimana saya mengenali perdagangan Forex dan ternyata ia lebih baik dari kerja-kerja sampingan kerana anda tidak mempunyai pelanggan, secara asasnya anda adalah boss anda sendiri.

Bagaimana anda mulakan berdagang? Adakah anda belajar di akaun Demo dahulu, atau anda terus berdagang secara live?
Saya tidak mempunyai guru, jadi saya perlu pelajari sendiri semuanya. Dan kali pertama saya berdagang, saya terus melakukan perkara terbodoh yang saya pernah lakukan, saya telah berdagang di akaun live kerana saya tidak tahu tentang kewujudan akaun demo.

Kesilapan ini mengajar saya untuk fokus kepada perdagangan. Anda harus sentiasa awas apa yang sedang berlaku dan mencari peluang. Saya pelajari ini dengan jalan yang perit.



Apakah matlamat anda dalam perdagangan? Apakah strategi yang anda pilih pada peringkat permulaan?
Saya telah mengira keperluan saya dan potensi hasil jika menggunakan strategi saya, dan telah menetapkan sasaran awal, iaitu untuk menghasilkan keuntungan harian lebih US$1000. Saya telah bermula dengan strategi scalping. Ia mengambil masa untuk mahir, tetapi akhirnya saya mendapat hasil yang diingini.

Adakah anda ada menghadapi apa-apa masalah bila bermula dalam perdagangan? 
Lumrahnya, semua orang menghadapi masalah bila mereka mula belajar dan saya tidak terkecuali. Semua strategi mempunyai kekurangannya dan untuk saya ia adalah pengumuman berita.

Scalping mungkin satu strategi yang boleh diharapkan pada pasaran yang tenang, tetapi ia tidak boleh digunakan dalam perdagangan berita.

Apakah yang anda cadangkan kepada mereka yang menghadapi masalah yang sama?
Sentiasa semak untuk kemungkinan berita dan peristiwa yang boleh mempengaruhi matawang yang anda dagangkan. Dan seandainya anda menggunakan strategi scalping, saya cadangkan anda menjauhi pasaran ketika berita diumumkan atau berpindah kepada strategi lain ketika itu. Jika anda telah membuka pesanan ketika pengumuman berita, cuba untuk tutup secepat yang mungkin untuk mengelakkan risiko yang tidak perlu.

Apakah yang mampu anda capai menerusi perdagangan? Adakah anda telah mencapai sasaran awal anda?
Ya, saya telah mencapai sasaran awal saya, US$1000 dan ada masanya saya boleh buat sehingga US$5000 sehari dengan berdagang.

Namun saya juga membuat wang sebagai rakaniaga dan berkongsi signal perdagangan dengan para pelanggan saya setiap hari.

Adakah perlu untuk mempunyai seorang guru atau apakah anda boleh belajar sendiri berdagang? 
Ini satu soalan yang sangat menarik dan jawapannya adalah – ia bergantung kepada orang yang cuba belajar berdagang itu sendiri. Bila saya mula berdagang saya tidak mempunyai guru. Ada masanya saya benar-benar mahu berputus asa dan hampir menganggap Forex seperti berjudi, tetapi di penghujungnya saya berjaya mengatasinya. Biasanya, orang yang mudah berputus asa dengan matlamat mereka akan lebih baik bila mereka ada guru. Tidak mustahil untuk mempelajarinya sendiri, tetapi anda harus bersedia untuk belajar dan berlatih sebelum anda boleh menghasilkan wang.

Apakah kualiti yang ada pada seorang pedagang yang berjaya menurut pendapat anda? 
Kawalan dan pertimbangan. inilah perkara yang benar-benar penting untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya.

Menilai dari profil Facebook anda, anda seorang peminat besar kereta-kereta mewah. Apakah kereta pertama anda dan yang mana satu kegemaran anda?
Kereta pertama saya adalah BMW 435D tetapi ia bukan kereta kegemaran saya disebabkan oleh nilai jenamanya, jadi saya putuskan untuk beli sebuah lagi kereta. Kali ni ia sebuah Mercedes SLK 55 AMG yang mana ia pun tidak cukup bagus. Namun sejak saya jatuh cinta dengan Porsche saya tidak boleh fikir tentang kereta lain.

Sebagai seorang pedagang yang telah mengecap kejayaan, anda ada rancangan lain untuk masa hadapan?
Saya merancang untuk membina akademi FX di Korea, Russia dan mengembangkannya ke negara lain juga. Ia bukan hanya tentang wang lagi. Saya mahu melakukan perubahan di dunia ini dan melakukan bahagian saya dalam mencipta masa depan yang lebih baik.

Saya sudah pun menyertai dan menderma kepada beberapa kempen kebajikan dan merancang untuk terus melakukannya. Saya sangat percaya bahawa kita harus kongsikan ilmu kita dengan mereka yang kurang bernasib baik. Ada ramai orang yang menderita akibat kebuluran dan kekurangan pendidikan. Saya mahu tunjukkan kepada mereka potensi perdagangan online dan mengajar mereka bagaimana mereka boleh membuat wang.

Apakah "gaya hidup pedagang" menurut pendapat anda?
Kaya dan bebas.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini