MYR - Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kenaikan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu berada pada 3.9655/9685 berbanding 3.9780/9820 ketika ditutup pada Isnin.


Penanda aras global, minyak mentah Brent hari ini meningkat 42 sen kepada AS$72.66.

Bagaimanapun, Ketua Perdagangan OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata ringgit kekal terdedah kepada kekurangan perancangan fiskal.

"Tetapi, tahap pasaran kelihatan menarik daripada perspektif hasil bon dan mata wang, apatah lagi harga minyak yang melonjak, jadi apabila terdapat kejelasan fiskal, kita akhirnya akan melihat sentimen ringgit bertambah baik," katanya dalam satu nota hari ini.

Menurut Innes, mata negara membangun Asia mudah dipengaruhi dolar AS yang lebih kukuh.

Ringgit lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9638/9664 berbanding 2.9570/9606 pada Isnin dan merosot berbanding yen kepada 3.5754/5788 daripada 3.5744/5790 semalam.

Ia menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3423/3480 daripada 5.3329/3399 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6884/6924 daripada 4.6722/6785 pada Isnin. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini