Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit susut daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan kekurangan minat terhadap mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 3.9810/9840 berbanding 3.9790/9820 pada Khamis.


Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata ringgit terus dibayangi oleh risiko politik dalam jangka terdekat ini.

"Dan oleh itu, dengan keadaan tidak menentu fiskal, kami tidak menjangkakan banyak penyertaan asing atau sebarang aliran masuk (dana) dalam tempoh jangka pendek," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Sementara itu, unit tempatan dibuka bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.6336/6367 daripada 3.6265/6299 pada Khamis dan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9689/9729 berbanding 2.9656/9685.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.3210/3266 daripada 5.3287/3339 dan tinggi sedikit berbanding euro kepada 4.6637/6677 daripada 4.6666/6709 pada Khamis.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini