Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan ketiadaan petunjuk baharu serta permintaan yang berkurangan terhadap unit tempatan itu dalam keadaan kekukuhan dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 9.03 pagi, unit tempatan berada pada paras penutup 3.9800/9850 pada Rabu.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata ringgit terus dipengaruhi oleh risiko politik apabila pasaran sedang berusaha memahami rancangan kerajaan baharu dengan defisit fiskal selepas memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9629/9677 daripada 2.9606/9653 pada Rabu tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.6287/6340 daripada 3.6311/6369.

Unit tempatan turun berbanding pound British kepada 5.3185/3264 daripada 5.3133/3216 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6602/6668 daripada 4.6662/6728.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini