Seminar Forex Percuma di Kuala Lumpur - 14 July 2018 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminar Forex Percuma di Kuala Lumpur - 14 July 2018






Bagaimana Membentuk Sistem Dagangan Anda

Kami menjemput pelanggan yang baru dan juga berpengalaman untuk hadir ke seminar yang bertujuan untuk membimbing mereka dalam membentuk sistem dagangan individu berdasarkan matlamat pelaburan, kemahiran dagangan dan tahap pengurusan risiko.

Untuk jangka masa panjang, ia merupakan sistem dagangan yang diperlukan oleh setiap pelabur online yang ingin mendapatkan potensi dagangan untung yang mengatasi rugi. Memandangkan proses ini melibatkan beberapa faktor penting, kami akan menjelaskan butiran yang relevan mengikut susunan yang logik agar setiap pedagang dapat menyesuaikan maklumat yang diterima ke dalam gaya dagangan dan matlamat pelaburan mereka.

Untuk membentuk sistem dagangan yang tersendiri, kita perlu mempertimbangkan beberapa komponen berkaitan yang akan dihuraikan dalam seminar iaitu: kerangka masa yang digunakan; indikator yang digunakan untuk mengenalpasti trend baru (dan indikator untuk mengesahkan trend tersebut); menentukan tahap risiko; menentukan poin entri dan keluar; menyimpan jurnal dagangan dan memantau prestasi dagangan; mengenalpasti kekuatan dan kelemahan; mengikut sistem dagangan dengan berdisiplin.

Semua ini tentu saja berkait rapat dengan pemahaman yang kukuh tentang sentimen pasaran, faktor-faktor yang menyebabkan pergerakan harga serta pengetahuan bagaimana untuk menggunakan analisis fundamental dan teknikal dengan yakin.

Kita juga akan memperuntukkan masa untuk aspek psikologi dagangan yang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses dagangan. Untuk tahap ini, kami akan menjelaskan dengan terperinci teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan halangan psikologi dan memberi fokus kepada kekuatan diri.

Hasil Pembelajaran
- Mengenalpasti jenis pasaran dan objektif dagangan individu
- Memahami bagaimana pasaran global berfungsi
- Menggunakan alat analisis fundamental dan teknikal yang sesuai dengan instrumen yang didagangkan
- Belajar cara membentuk sistem dagangan yang tersendiri
- Menggunakan saiz posisi dan pengurusan risiko yang betul
- Mendapatkan kesedaran diri untuk menangani halangan psikologi

Cabutan Bertuah *
Hadiah ke-1: Huawei P20
Hadiah ke-2: Huawei P20
Hadiah ke-3: Huawei P20
Hadiah ke-4: Huawei P20
Hadiah ke-5: Huawei P20

Cabutan Bertuah akan djalankan selepas seminar berakhir dan pemenang akan diumumkan pada 6 Ogos 2018.

Untuk kelayakan Cabutan Bertuah XM, pelanggan perlu

 - berdagang 2 pusingan lot standard (atau 200 pusingan lot micro) di Forex, Gold atau Silver dari 18 Julai sehingga 01 Ogos 2018
- mendaftar dan menghadiri seminar
- memiliki akaun nyata XM


Daftar Tempat Duduk Anda Di sini

Seminar ini adalah percuma. Sila ambil perhatian bahawa untuk pendaftaran seminar, anda perlu memiliki satu akaun nyata XM dengan baki minima sebanyak USD 50. Untuk membiayai akaun anda, klik sini. Jika anda masih belum memiliki akaun nyata, anda boleh membuka satu akaun di sini.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini