Ringgit rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan dolar AS terus menerima momentum belian, di tengah ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara AS dan China, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0440 / 0470 berbanding dolar AS daripada 4.0400 / 0450 yang dicatatkan pada penutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS mengukuh selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan bahawa beliau akan menggunakan proses semakan keselamatan negara untuk menghentikan pengambilalihan syarikat teknologi Amerika daripada China.

"Pelabur dilihat telah beralih minat mereka kepada mata wang, yang memberi kesan kepada mata wang lain termasuk ringgit," katanya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini