Ringgit rendah pada pembukaan


KUALA LUMPUR: Ringgit rendah pada pembukaan hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan tekanan berterusan ke atas mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, nota tempatan disebut harga pada 4.0240/0280 berbanding dolar daripada 4.0210/0250 yang direkdokan pada penutupan Selasa.

Peniaga berkata kebimbangan terhadap perang perdagangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China melemahkan lagi sentimen yang turut mempengaruhi ringgit.

"Memandangkan konflik perdagangan itu dijangkakan akan mengambil masa yang panjang, kami menjangkakan ringgit didagangkan dalam aliran menurun," katanya.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya didagangkan rendah berbanding mata wang utama yang lain, kecuali yen yang meningkat kepada 3.6598/6638 berbanding 3.6634/6681.

Berbanding dolar Singapura, ia susut kepada 2.9534/9581 daripada 2.9523/9569 dan berbanding pound British, ringgit susut kepada 5.3229/3290 daripada 5.3198/3267.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.6892/6954 daripada 4.6881/6936.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini